AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA - All About Love

Tuesday, July 31, 2012

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

1). AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA - AMARAN KATEGORI KEDUA Dikeluarkan pada pukul 04:42AM, 31 Julai 2012

SEKSYEN A:
Ribut Tropika Kuat SAOLA dikesan pada jam 02.00 pagi, 31 Julai 2012, terbentuk pada Latitud 20.9 U dan Longitud 124.1 T, kira-kira 1,743 km ke Utara-Timur Laut Kudat, Sabah. Ribut tropika ini dijangka bergerak perlahan ke arah Utara-Baratlaut.

Sehubungan dengan itu:

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)- Ditingkatkan daripada amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada 6:50 pagi, 19 Julai 2012.

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pantai Barat & Kudat), Reef North, Layang-Layang, Palawan & Sulu dijangka berterusan sehingga Ahad, 5 Ogos 2012.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman & Sandakan), WP. Labuan, Sarawak (Miri), Phuket, Condore & Sulawesi dijangka berterusan sehingga Ahad, 5 Ogos 2012.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Reef North dijangka berterusan sehingga awal pagi,Selasa, 31 Julai 2012.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Selat Melaka, Sarawak (Miri), Sabah (Labuan, Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Sulu dijangka berterusan sehingga pagi Selasa, 31 Julai 2012.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Dikemaskini pada 31 Julai 2012, jam 04:42AM 


2). AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT 
Dikeluarkan pada: 05:12am pada 31 Julai 2012

Ribut petir dan hujan lebat di negeri Sabah : Bahagian Kudat (Daerah Kudat dan Pitas); dan Sarawak : Bahagian Miri dan Bintulu (Daerah Bintulu) dijangka berterusan sehingga pagi, Selasa 31 Julai 2012.
Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Selangor (Daerah Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang), N. Sembilan (Daerah Port Dickson), Melaka (Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah) dan Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Daerah Papar) dan WP Labuan.

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang.

Sumber Info: http://www.met.gov.my/



*utk makluman kita bersama..

1 comment: