Datuk Lee Chong Wei & Koo-Tan Ke Separuh Akhir Olimpik London 2012 - All About Love

Friday, August 3, 2012

Datuk Lee Chong Wei & Koo-Tan Ke Separuh Akhir Olimpik London 2012


Datuk Lee Chong Wei & pasangan beregu badminton Koo-Tan layak ke separuh akhir apabila menang perlawanan suku akhir semalam.


Saingan sengit yang diberikan oleh pemain India  P Kashyap dalam set pertama mmg menarik lah...sebab Datuk Lee Chong Wei menang tipis je dgn mata 21-19...tapi pada set ke-2 Datuk Lee Chong Wei menang mudah ke atas Kashyap dengan kemenangan 21-11.


Untuk separuh akhir beliau akan bertemu dgn pemain China iaitu Chen Long yang mengalahkan peter gade dr denmark dlm perlawanan suku akhir yang lain semalam.MMg agak mencabar jugalah  Chen Long ni sebab dia adalah pemain ranking ke-3 dunia (*kalau x silap..sila betulkan kalau salah)..


Apa2pun mendoakan semoga Datuk Lee Chong Wei berjaya ke peringkat seterusnya.Mengiringi kejayaan Datuk Lee Chong Wei juga ialah pasangan Koo-Tan yang mengalahkan pasangan dari Thailand Bodin-Maneepong dengan 21-13,21-15.


Mereka akan menentang Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark dalam perlawanan separuh akhir nnt..Dlm 10 rekod pertemuan mereka menang 7 kali..apapun semoga berjaya.


Rakyat Malaysia akan mendoakan kejayaan anda.Amin.Chayok3x


WiFi terlaju dan coverage paling bagus di Malaysia. Apa? Mana??Di sini

1 comment: