Mesej Datuk Lee Chong Wei buat BAM - All About Love

Tuesday, August 7, 2012

Mesej Datuk Lee Chong Wei buat BAM

"BAM (Persatuan Badminton Malaysia) perlu tukar sistem dan program pembangunan  harus diperhebatkan."

Itulah mesej yang disampaikan oleh Datuk Lee Chong Wei kepada BAM sej

urus selepas meraih pingat perak dalam acara akhir perlawanan perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 di Arena Wembley, London.

Menurut Datuk Lee  Chong Wei, BAM perlu fokus terhadap pemain junior dan berikan lebih banyak pendedahan kepada mereka di pentas antarabangsa kerana  program pembangunan sangat penting dan perlu diperhebatkan lagi jika mahu melihat pemain negara terus mengukir kejayaan pada kejohanan peringkat antarabangsa khususnya Sukan Olimpik.

"Saya sudah veteran dan mungkin boleh bermain dalam masa dua atau tiga tahun lagi. Sepatutnya sekarang kita sudah ada pelapis yang berdaya saing seperti China yang mempunyai ramai pemain hebat serta boleh menggegar dunia pada bila-bila masa sahaja.

"Mereka sekarang ada Lin Dan tetapi pelapis kepada Lin Dan sudah ada seperti Chen Long yang bakal menguasai sukan badminton selepas ini sebaik Lin Dan atau saya bersara," kata Chong Wei.

Datuk Lee Chong Wei juga berharap  pemain junior seperti Liew Darren, Arif Latif mahupun Zulfadli Zulkifli harus kerap diberi pendedahan kerana dengan cara tersebut, ia membantu meningkatkan keyakinan serta prestasi mereka.

"Saya mungkin tidak dapat beraksi pada Sukan Olimpik akan datang dan sebab itu penting untuk memberikan lebih banyak pendedahan kepada pemain junior kita.",itu luahan Datuk Lee Chong Wei.

Selepas ini, fokusnya adalah untuk menggalas cabaran negara pada Sukan Komanwel dan Asia serta Kejohanan Dunia tahun depan.

3 comments:

  1. mana tahu kot nanti rezeki lcw dkt sukan komanwel kan :_0

    ReplyDelete
  2. a'ahkan..Malaysia xde pelapis mcm china...

    ReplyDelete
  3. betul tu.. tumpuan byk diberi pada pemain veteren mcm LCW..dlm masa yg sama, pelapis baru mcm diabaikan..

    ReplyDelete