Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-50 - All About Love

Monday, September 16, 2013

Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-50

Assalammualaikum...

16.09.1963..hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan..sebalum tahun 2010 hanya Negeri Sabah Yang akan bercuti pada tarikh ini kerana ianya merupakan tarikh harijadi TYT Ngeri Sabah..

Pada 16 Oktober 2010..Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 16 September merupakan cuti umum di seluruh Malaysia sempena meraikan Hari Malaysia untuk memperingati penubuhan Malaysia Selepas Sabah & Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963..

Itu dia sedikit pelajaran sejarah dari Cikgu MV..ehehe...korang apa khabar???sihat...pastinya semua tengah cuti kan..sebab hari ni sambutan hari Malaysia yang Ke-50 tahun..MV bersyukur menjadi rakyat Malaysia yang aman damai ni..

Program-program sempena Sambutan 50 Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia
Pelancaran  Kemerdekaan   Peringkat  Negeri Sabah  telah berlangsung pada  1 Julai 2013 di  Sandakan dan ini termasuklah pelancaran  logo   50  Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia, tema sambutan dan  iaitu ‘Sabah Maju  Jaya’  dan juga lagu tema bertajuk ‘Sabah Maju Jaya’. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin.

Antara acara-acara menarik sempena sambutan 50 Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia adalah Ambang Merdeka   Peringkat Negeri  Sabah  2013 yang akan diadakan pada   30 Ogos  2013 jam 5 petang hingga 12 tengah malam di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu yang akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah,  YAB  Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Perbarisan  Hari Kebangsaan  Peringkat Negeri Sabah   2013 akan dilangsungkan pada  31 Ogos  2013  di Kompleks Sukan  Kota Kinabalu bermula jam 6.30 pagi hingga 11 pagi yang akan dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah,  YAB  Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan para pembesar negeri serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Hari Malaysia  Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada  16  September  2013  di Prince Philip Park   Tanjung Aru, Kota Kinabalu yang akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia  Yang DiPertuan Agung   dan  YAB  Perdana Menteri.(Sumber dari SINI)

So pada yang berada di KOta Kinabalu boleh ramai2 datang memeriahkan lagi sambutan hari Malaysia yang Ke-50...

8 comments:

  1. semalam tengok kat tv
    aah nampak meriah sambutan hari malaysia kat kk
    kat kuching pun ada jugak
    isi tabung sis mv sini
    kalau free, jemput LIKE post ni:

    LIKE SINI

    TQ :)

    ReplyDelete
  2. selamat hari malaysia...sya kena koje rini..huhuu

    ReplyDelete
  3. happy Malaysia day !!mg malaysia terus aman makmur

    ReplyDelete
  4. happy malaysia day.. hari ni dah masok keje smula...ngeee

    ReplyDelete
  5. selamat menyambut hari malaysia 50 wahai si malaysia negaraku...hehe

    ReplyDelete
  6. slmt hari malaysia juga MV

    ReplyDelete