Bantuan Khas Raya Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan 2014 - All About Love

Thursday, July 3, 2014

Bantuan Khas Raya Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan 2014

Assalammualaikum...

Putrajaya: Kerajaan akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai hadiah persiapan menyambut Aidilfitri kepada penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) dalam satu kenyataan semalam, berkata bantuan khas itu akan turut dinikmati 684,000 pesara kerajaan, yang akan menerima RM250 setiap seorang sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. 

Pembayaran akan dibuat pada 15 Julai ini yang membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta. 

Kerajaan berharap bayaran bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi menyediakan persiapan menyambut Hari Lebaran, katanya.(sumber dari Berita Harian)

Alhamdulillah syukur,,,dapat meringankan beban untuk sambutan perayaan dan belanja harian...RM 500 untuk penjawat awam dan RM 250 untuk pesara kerajaan...Tak nak mengeluh sebaliknya bersyukur...

Orang bilang rezeki jangan ditolak..hihi...dan buat penjawat awam negeri Selangor alhamdulillah bonus sebulan gaji..rezeki masing2..jangan ada yg tak puas hati....


6 comments:

  1. Alhamdulillah, syukur, syukran Allah rezeki bagi penjawat awam. Iolss is tumpang happy...

    ReplyDelete
  2. yelah.. bersyukur dari x dpt langsung kan...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. rezeki mereka.. kita pun tumpang happy.. heheheee

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.rezeki penjawat awam..

    ReplyDelete