Koleksi Nike Roshe Run Wanita - All About Love

Monday, December 14, 2015

Koleksi Nike Roshe Run Wanita

Assalammualaikum




NIKE..Iya Pasti anda pernah mendengarnya....Sebut saja NIKE semua pasti mengenalinya dan tidak dinafikan bahawa NIKE  merupakan jenama pilihan berjuta penggemar di seluruh dunia. Bukan sahaja kerana kualiti barangan NIKE yang tidak pernah menghampakan pembelinya, malah koleksi barangan sukan NIKE juga sentiasa mengikuti trend fesyen terkini. Rekaan kasut khususnya, NIKE amat terkenal dengan koleksi kasut yang cukup berkualiti dan dan selesa dipakai. Dan antara semua edisi kasut keluaran NIKE, tanpa diragui lagi edisi kasut Nike Roshe Run adalah merupakan edisi yang paling digemari dan telah mencetus fenomena di kalangan penggemar setia NIKE.

Apa yang menarik mengenai keluaran Roshe Run ini adalah ia boleh dipakai untuk aktiviti kasual mahupun ketika sesi latihan. Ia juga berkonsepkan kesederhanaan atau ‘simplicity’. Anda juga boleh melihat kesemua rekaan koleksi termasuklah  Nike Roshe Run wanita yang direka dengan rekaan yang cukup ringkas dan minimal seperti 3 rekaan paling popular seperti berikut;
Nike Roshe Run One

Ianya merupakan rekaan Nike Roshe Run yang paling digemari ramai dimana material yang digunakan adalah lebih ‘smooth’ dengan rekaan yang minimal.
Nike Roshe Run Flyknit
Untuk rekaan yang kedua ini pula menggunakan material yang lebih ‘rough’ berbanding koleksi Roshe Run One namun rekaan yang lain masih sama.
Nike Roshe Run One Print
Dan ini pula merupakan rekaan Roshe Run yang menggunakan material bercorak atau dikenali sebagai Nike Roshe Run One Print. 

Kalau Bagi MV..MV tertarik dengan ketiga-tiga design...ianya amat sesuai untuk pengguna wanita seperti MV...dengan design yang comel dan warna yang menarik..tentu mana-mana wanita akan tertarik dengan design ini....Simple tapi menarik.

6 comments: