Novel Isteriku Sleeping Ugly -Daisy Dania- - All About Love

Tuesday, February 2, 2016

Novel Isteriku Sleeping Ugly -Daisy Dania-

Assalamualaikum....

Pinjam Google
HANA Antasha, apa yang tidak kena dengannya? Sudahlah dikatakan tidak cantik, ada pula tabiatnya yang satu itu. Kalau sudah tidur, tidak kisah di mana dan ketikanya. Ditakdirkan berseteru dengan gadis cantik sejak kali pertama bersua, Rina. Semenjak itu, namanya 100 peratus berubah di UiTM. Menganggap Hana yang menjadi punca hubungannya dengan Adif terputus, Rina harus memberikan pengajaran kepada gadis Sleeping Ugly itu! Pasrah. Hana tidak kisah. Suruhlah buat apa saja, dia akan turutkan. Selagi mampu bersabar, bersabarlah. Sehingga secara kebetulan, dia bertemu dengan ‘pak cik’ yang sukakan Nescafe, hasil air tangannya ketika bekerja di Faboloustar. Mengapakah Rina begitu berdendam dengan Hana? Siapa Adif dalam hidup Rina? Siapa pula ‘pak cik’ yang sukakan Nescafe buatan Hana? Mampukah Sleeping Ugly menjadi beauty?(sinopsis dari belakang novel)

Novel kedua untuk tahun ni selepas isteriku 120kg yang agak mengecewakan.Kali ni MV baca tulis Daisy Dania Isteriku Sleeping Ugly juga terbitan buku prima.Bagi MV jalan cerita menarik.Setiap Watak yang ada digambarkan dengan elok.

Penggunaan bahasa pun baik..Ceh macam pakar bahasa pulak..MV suka jalan cerita ni..tak melalut.Walaupun ni novel romantik tapi gambaran romantik itu masih d tahap yang boleh diterima..tak terlalu open.

MV bagi 4 bintang untuk novel ni..Sebab MV habiskan baca dalam temph sehari jer....baca hari sabtu..Sampai anak ckap..mama ni memang suka membaca kan....terutamanya novel....

Sapa dah baca..korang suka tak novel ni.

3 comments:

  1. Terfikir2 nk beli...tapi takut kecewa. Ok kah MV?
    Akak suka sangat2 dgn novel Oh My Prince. Sangaaaat best. Cuba lah nanti yer.

    ReplyDelete
  2. First time dengar tajuk nie.. Baca sinopsis pun macam best..

    ReplyDelete