May 2017 - All About Love

Wednesday, May 31, 2017

Dia yang ku cari-Cempaka qistina-

11:33 AM
Dia yang ku cari-Cempaka qistina-

Assalammualaikum...


Dia yang ku cari..tulisan cempaka qistina...mengisahkan kisah haikal dan maisara.Haiqal yang dihantui dengan kisah silamnya dengan Dania..

Dania ..si gadis yg menjadi mangsa keegoaan haiqal ....dia tercari-cari dania setelah kisah silam itu..

Kehadiran maisara,sepupu emir membuatkan hatinya berdetik dan mengingatkan haiqal pada seseorang..

Iya dania rupa2nya dania dan maisara orang yg sama..bagaimana kesudahannya..

Pakat baca...sedih tau novel ni...bagaimana seorang suami hilang kepercayaan pada isteri dek percayakan kata2 orang lain
Read More

Tuesday, May 30, 2017

Menu berbuka -Mee kari -

7:14 PM
Menu berbuka -Mee kari -

Assalammualaikum


Salam 4 ramadhan...menu berbuka pilihan hari ni mee kari versi mv..kenapa versi mv..sebab resepinya main campak saja...

Sama seperti tahun lepas...menu berbuka hanya masak di rumah..sebab malas ke bazar ramadhan..jammed dan harga yg kadang x berbaloi dengan makanan...

Alhamdulillah..4 hari puasa..menu berbuka semua masak sendiri..

Puasa 1- laksa sarawak
Puasa 2- nasi goreng cina+sup ayam
Puasa 3-soto ayam sabah
Puasa 4-mee kari

Mv ni masak tak teror...masak yg simpke2 jer mampu..korang berbuka apa hari ni?
Read More

Monday, May 29, 2017

Soto Ayam Sabah -Menu Berbuka Ramadanku-

3:27 PM
Soto Ayam Sabah -Menu Berbuka Ramadanku-
Assalammualaikum...


Lazada kini kembali lagi dengan Promosi  Marhaban-Ya Ramadan Dan Riang Ria  Raya sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) yang bermula pada 19 Mei 2017 sehingga 30 jun 2017.Potongan harga sebanyak 90 % ..wow banyak kan??apa lagi mari lah kita sama-sama berbelanja di lazada..
Bukan itu saja tau kawan-kawan, Lazada juga  mengadakan satu contest kepada blogger  sepanjang 19 mei hingga 23 june 2017. So hari ini Mv nak join untuk contest minggu pertama 


Minggu Pertama : 19.05.2017-01.06.2017
Tema : Delicious Ramadhan
Soto Ayam Sabah 
Menu berbuka pilihan MV ialah Soto AYam Sabah ...Memang tiap tahun puasa MV akan menyediakan jaudah berbuka Soto Ayam Sabah ni.Ini adalah menu wajib untuk keluarga MV..Kenapa???

Sebab ianya sangat simple dan senang..Sesuai lah juga untuk MV yang bekerja ni.

Bahan-bahannya
1. AYam (Bahagian dada)
2.bawang putih,bawang merah dan halia (ditumbuk)
3.Knorr Seasoning Chicken
4.Daun Sup
5.Timun
6. Bawang goreng 
7.Bihun
MV biasa Guna ni dalam 2 cube
Cara Masak..
  1. Tumis Bahan kedua sehingga kekuningan dan naik bau..kemudian masukkan air secukup ke dalam periuk...apabila mendidih ..masukkan ayam dan knorr seasoning chicken.
  2. Apabila Ayam  telah masak ...carikkan isi ayam,,,,
  3. Bihun dicelur dengan air panas
  4. daun sup dan timun di hiris halus..

untuk kuah soto bolehlah pakai tefal stewpot 24cm...kalau setakat sajian untuk 6-7 orang ..

Ok siap...tak lama pun...Macam MV balik pukul 4.00 petang ..Sampai Rumah jam 4.30 sempat lah menyediakan juadah ni walaupun di hari bekerja....

Jomlah join Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest and Win Lazada Shopping Vouchers!
Read More

"Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani".

1:07 PM
"Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani".
Assalammualaikum..

Klik Banner untuk join 

Syaratnya sangat mudah
1. Follow blog kasihkuamani
2. Follow GoogleSha
3. Buat satu entry dengan tajuk "Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani".
4. Bubuh benner diatas dan backlink ke entry ini.
5. Jangan lupa bubuh link entry di komen.

Hadiahnya
1. 8 set sampul duit raya & kad raya untuk 8 orang pemenang.
2. Hadiah saguhati untuk 12 orang pemenang iaitu kiriman kad raya dari Sha.
Jumlah hadiah = 20 pemenang

Tempoh Giveaway 27 Mei 2017 sehingga 07 Jun 2017.
Pengumuman pemenang pada 09 Jun 2017
Read More

6 Cara Masak Telur

12:25 PM
6 Cara Masak Telur


Assalammualaikum...

  1. omelette 
  2. scrambled eggs 
  3. soft-boiled egg
  4. poached eggs
  5. Scotch Egg
  6. Deviled Eggs

6 cara masak telur yang boleh kita try ,,,,menarik kan...ada cara lain lagi nak masak telur..boleh di cuba ni nanti
Read More

Tips penyusuan dalam bulan puasa

10:36 AM
Tips penyusuan dalam bulan puasa

Assalammualaikum..

  1.  Tukar semua rutin dan jadual makan minum pd sebelah malam
  2. pastikan rutin menyusui dan mengepam masih seperti sebelum bulan puasa(supply on demand)
  3.  pastikan ibu minum sekurang2nya 1.5liter air kosong disebelah malam (bermula dr lepas berbuka puasa hingga ke waktu sahur)
  4.  Elakkan dari mengambil makanan yg tinggi garam, mengandungi kaffein dan pedas
  5.  perbanyakan pengambilan buah kurma semasa bersahur mahupun berbuka puasa
  6. Tidak berada di kawasan yg terlalu panas (cuaca)
  7.  melewatkan waktu bersahur


**tips untuk yang menyusukan anak....buat perkongsian kita semua

Read More

Sunday, May 28, 2017

Makanan sahur paling tahan lama

8:47 AM
Makanan sahur paling tahan lama

Assalammualaikum

Salam ramadan kedua tahun 2017..alhamdulillah berkesempatan menjalankan ibadah puasa.haikalayuwani pun xda masalah..

Menu sahur anak2 lebih prefer nasi...mv dan suami pula air panas dan biskut sebab x ble nak makan makanan berat awal pagi

Menu berbuka kami kemarin laksa sarawak saja masak sendiri guna pes yang ada....lepas tu beli kuih sikit...itu saja...

Macam tahun sebelumnya..mv prefer masak sendiri dari ke bazar..disebabkan kekangan masa...korang pula macam mna?

Salam ramadan buat semua..
Read More

Wednesday, May 24, 2017

Wordless wednesday#mati#

3:42 PM
Wordless wednesday#mati#

Assalammualaikum

jangan terpedaya dengan muda, kerana mati bukan syaratnya tua... jangan terpedaya dengan sihat, kerana mati bukan syaratnya sakit..

Read More

Barack Obama Qoutes

3:15 PM
Barack Obama Qoutes

Assalammualaikum

Change will not come if we wait for some other person or some other time. We are the ones we've been waiting for. We are the change that we seek.(Barack obama)

Read More

Suku kaum di sabah

2:50 PM
Suku kaum di sabah

Assalammualaikum..



Suku kaum di sabah...ada 42 semuanya
..ada yang mv baru dengar dan tahu..macam mv bapa chinese ..mama pula bisaya...

So mv mix cina dan bisaya..tapi mv tapi dikategorikan sebagai cino..dalam surat beranak pun bangsa hanya cina...

Jadi mv di nombor 36..kamu pula kawan2 sabahan
Read More

Tuesday, May 23, 2017

"Segmen Pencarian Bloglist by ombak Bergigi"

2:21 PM
"Segmen Pencarian Bloglist by ombak Bergigi"
Assalammualaikum...


Klik Banner untuk Join 

Segmen ini akan bermula pada 18 May 2017 (Khamis) sehingga 25 May 2017 (Khamis). Segmen ini dijalankan selama seminggu. Seramai 10 orang peserta yang bertuah dan layak menjadi bloglist Ombak Bergigi.
Read More

wakil rumah Sukan

11:27 AM
wakil rumah Sukan
Wani Wakil RUmah Biru Tahun 1

Assalammualaikum....

Wakil rumah sukan...dua anak dara MV terpilih mewakili rumah sukan masing-masing...Si Kakak Ayu wakil untuk rumah merah tahun 4 acara 4x200 meter.. 

Manakala Wani pula wakil tahun 1 rumah biru acara untuk acara 4x50 meter..abah dia cakap dapat kah wani lari..hahaha....tapi bagi MV kalau cikgu pilih maksudnya memang layak lah...

lagipun badan wani sekarang dah mengecil.....ada yang pertikaikan ...budak pakai cermin mata ble kah aktif sukan...tapi buktinya...anak2 MV ni aktif sukan terutamanya si Kakak AYu...

Dia paling teror main bola Baling..tapi selalu jer orang pandang serong sebab dia pakai spek...

Good luck untuk atlet2 mama khamis ni...Abang haikal kecewa..sebab dia nda terpilih..nda tau lah kenapa..tapi dari cara pemilihan dorang kot...
Read More

Monday, May 22, 2017

Resepi Nutella Mug Cake

10:34 AM
Resepi Nutella Mug Cake


Assalammualaikum.....

Video Resepi Nutella Mug Cake  Hanya  3 Bahan diperlukan Untuk Buat Nutella Mug Cake Yang Lembut Dan 'Chocolatey' 

dan 

Yang paling best, kek ni tak perlu dibakar dalam oven!


cer tengok bahan-bahannya...see hanya 3 bahan jer


Bahan-bahan:
- 1/4 cawan Nutella
- 1 biji telur 
- 2 sudu besar tepung gandum 

Cara-cara: 
1. Gaul Nutella, telur dan tepung gandum hingga sebati. 
2. Microwave adunan selama 1 minit. 
3. Tabur gula icing jika mahu. 
4. Siap untuk dimakan!





Read More

Bread inti kaya bercheese

10:27 AM
Bread inti kaya bercheese
Image may contain: 7 people, people smiling, child and closeup
budak sepet
Assalammualaikum...


Gempak kah nda tajuk entry MV kali ni...Bread inti kaya bercheese...hahahaha..ini posing MV bersama Budak mata sepet..ini gambar kami kemarin masa jalan-jalan ke bake with me....tiba-tiba dia pun berhijab macam kakak-kakaknya ...kami ke bake with me beli slice cheese untuk makan dengan bread....

Ni semua mr velentine punya keliuran..bilangnya sedap makan bread kaya pastu letak cheese slice...so demi keinginan dan keliuran kami semua..menyinggah lah di bake with me kelombong..

Mula-mula pegi di lintas tapi ,,,,tutup closed ..jadi kami ke kelombong pula....dapat lah slice cheese...rm8.50 ada 20 keping dalamnya...lepas tue singgah cks beli bread,,,,terus sambar mayonnaise lady choice ..kebetulan promosi RM4.70 sahaja daripada RM11.++ ok lah murah kan...

Promosi sehingga 31.05.2017...takpe lepas ni kita beli lagi..buat stock hahaha....benda murah siapa tak suka kan....dan pagi ni pun bekalan serta breakfast kami bread kaya bercheese....sedap ok....hahahaha

sumber google
Sekian entry kali ni..bye
Read More

Sunday, May 21, 2017

Selamat hari guru

8:30 AM
Selamat hari guru

Assalammualaikum...

MAsih belum terlambat berkongsi untuk entry hari guru..semoga anak2 MV akan mengingati dan menghargai guru-guru mereka...

Terima kasih juga buat semua yang pernah mendidik MV...terima kasih juga yang pernah dan sedang mendidik anak-anak MV..jasa guru tetap akan kami kenang...

Read More

Saturday, May 20, 2017

Kedah juara piala fa 2017

11:48 PM
Kedah juara piala fa 2017


Asaalammualaikum

Tahniah kedah menang piala fa 2017...mengalahkan pahang 3-2..persaingan sengit antara pahang dan kedah...

Walaupun bermain dengan 10 orang .saingan yg diberikan oleh pahang amat mengujakan...

gol ketiga yg dijaringkan oleh badrul bakhtiar menyaksikan kedah menjadi juara piala fa 2017..

Tahniah buat pasukan kedah..dan tahniah juga buat pahang kerana mampu memberikan satu perlawanan yang sengit cuma nasib x menyebelahi mereka..

Kedah ni adalah satu pasukan yang pemainnya mempunyai satu teamwork yang terbaek .begitu juga dgn peyokongnya

Read More

Asbak Band - Sungguh Aku Rindu

4:19 PM
Asbak Band - Sungguh Aku Rindu

Atlet Mama

7:00 AM
Atlet Mama
with atlet mama
Assalammualaikum...

Atlet mama....anak mama yang seorang ni aktif betul sukan...dia cakap dia terpilih untuk acara belapan nanti untuk hari sukan sekolah...takpa kita tunggu surat mcam mana...tapi anak MV yang seorang ni minat sukan...

pakai cermin mata bukan penghalang dia untuk terus aktif dalam sukan..mama doakan yang terbaik buat anak mama ni...fighting 

Read More

Friday, May 19, 2017

Pembantu Setia

4:02 PM
Pembantu Setia

Assalammualaikum...

Pembantu setia setiap kali mama buat jeruk mangga tau betik ...dia tau semua apa yang patut dia buat...bahan apa yang perlu dicampur..hihi pintar betul gaya....kecik2 dah pandai tolong mama....


cuba tanya dia...insyaallah dia tau mama pakai apa untuk buat jeruk ni..syang syamimi mama
Read More

Luvia Band - Patah Hati

9:40 AM
Luvia Band - Patah Hati


Assalammualaikum,,,,

***kesian kan kalau kena macam ni...huhu...sekadar mendalami perasan dalam lagu ni

Aku terluka dan terluka lagi
kau membuatku jadi patah hati 
kau hancurkan semua mimpi2ku 
selalu saja kau sakiti aku 
Read More

Thursday, May 18, 2017

Pembelajaran di taska

4:28 PM
Pembelajaran di taska
tembikai ,,,
Assalammualaikum...

Ini adalah aktiviti pembelajaran syamimi....tema pemakanan....buat collage dan menghasilkan buah tembikai dan padankan dan warna...

padankan gambar dan warna
pendedahan awal sebelum ke tadika tahun depan..teruskan belajar ya adik
Read More

Syamel & Ernie Zakri - Aku Cinta

7:39 AM
Syamel & Ernie Zakri - Aku Cinta

Assalammualaikum

Layan lagu ni ,..ost drama hikayat cinta si pematah hati 

Kasih rahasiakan cinta
Tak mudah aku percaya
Setelah senda tawa nan mesra
Relakan hati sucimu

Kasih rahasiakan hati
Perlahan dirimu pergi
Bila berdua bahagia rasa
Dirimu hanya milikku selamanya

Lengkapilah deraian cinta
Jangan biar ku menunggu harapanmu
Kau terindah hadir di jiwa
Zahir hilang di hatiku tetap cinta

Berpalinglah semula
Kembalikan senyum indah
Sekali kau hadir dengan cinta
Hanya dirimu yang ku pinta


Lemah jiwaku meronta
Biar zahir terukir tawa
Di hati tak sanggup ku bicara
Selain hanya dari kata
Aku cinta

Lengkapilah deraian cinta
Jangan biar ku menunggu harapanmu
Kau terindah hadir di jiwa
Zahir hilang di hatiku tetap cinta

Berpalinglah semula
Kembalikan senyum indah
Sekali kau hadir dengan cinta
Hanya dirimu yang ku pinta

Lemah jiwaku meronta
Biar zahir terukir tawa
Di hati tak sanggup ku bicara
Selain hanya dari kata
Aku cinta(sumber dari sini)


(tak follow cerita tapi semalam punya episod menyakitkan hati..geram dengan nadia tue hahaha)

Read More

Wednesday, May 17, 2017

Khalifah - Assalamualaikum Ustazah

9:58 AM
Khalifah - Assalamualaikum Ustazah

Assalammualaikum...

             Tertunduk-tunduk tumpang minggir bu
Itu suara merdu didengariku
Cuba ku lihat siapa itu
Bertudung labuh baju berwarna biru

Ustazah baru di sekolahku
Menjadi buah mulut kawan-kawanku
Ada perasan juga berangan pada ustazah
Ada yang gila bayang

Ku jumpa dia ku tanya dia
Ustazah siapa nama?
Kenapa dia jadi cerita
Semua kawan-kawanku

Hanya suara dia berkata
Tidak berpandangan mata
Tunduk di meja wajah berpurdah
Siti Fatimah namanya

Indah namanya juga tingkahnya
Memang menjadi bualan di sini sana
Kiriman bunga penuh di meja
Ucap Assalamualaikum Ustazah

Ku jumpa dia ku tanya dia
Ustazah siapa nama?
Kenapa dia jadi cerita
Semua kawan-kawanku

Hanya suara dia berkata
Tidak berpandangan mata
Tunduk di meja wajah berpurdah
Siti Fatimah namanya

Indah namanya juga tingkahnya
Memang menjadi bualan di sini sana
Kiriman bunga penuh di meja
Ucap Assalamualaikum Ustazah
Ucap Assalamualaikum Ustazah

(**lagu ni adalah lagu persembahan wani masa sambutan hari guru di sekolah rendah semalam)...mama pun terpaksa join menghafal sekali 
Read More

Good luck Exam

7:25 AM
Good luck Exam
Image may contain: one or more people, people sitting, table and indoor
fokus wani menjawab 
Assalammualaikum....

Minggu exam minggu ni...untuk sekolah rendah exam minggu lepas lagi...Untuk sekolah agama baru exam...tapi hari ni cuti exam sebab dorang buat sambutan hari guru....

exam akan disambung semula esok dan isnin....untuk exam hari pertama wani cakap untuk subjek ibadah oklah tapi aqidah susah sikit...MV cakaplah susah sebab wani nda baca buku betul2 kan...

iya dia bilang,,tapi masih lagi wani ble jawab dia bilang...kakak ayu pula cakap ibadah susah tapi masih ble jawab....abang haikal pula no komen..biasa lah lelaki kan..semuanya ok..

hari ni sambutan hari guru ...jadi bawa lah sikit makanan...MV bgi dorang bawa makanan ringan jer(cumi2..biskut apolo dan agar2)...tak sempat mau masak..kerja ni .....

semoga anak2 gembira dengan majlis sambutan hari guru ....untuk sekolah rendah sudah semalam....

Selamat hari guru ...terima kasih mendidik anak2 MV
Read More

Tuesday, May 16, 2017

Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah 2017

3:06 PM
Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah 2017

Assalammualaikum,.,,,

Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah 2017 adalah RM7.00..macam tahun sebelumnya juga..RM7.00 darab 6...so semuanya RM42.00...

Minggu depan dah masuk bulan puasa cepatnya masa berlalu...tak sabar nak berpuasa....
Read More

Seminar pembangunan profesional & Keibubapaan

11:22 AM
Seminar pembangunan profesional & Keibubapaan
Image may contain: 7 people, people smiling, people standing
terjumpa BFF yang kebetulan datang juga dr beaufort 
Assalammualaikum....


Berkesempatan menghadiri Seminar pembangunan profesional & Keibubapaan sabtu lepas 13.05.2017 bertemoat di Grand Hotel 1 borneo..seminar ni anjuran UPSI(universiti perguruan sultan idris)...

MV datang sebagai wakil ibubapa Taska Permata Kemas KPKPS...seminar ni tak lama..setengah hari sahaja tapi sangat berbaloi..pergh tanpa perlu bayar apa2 dan kita dapat ilmu serta berkongsi ilmu dengan ibubapa yang lain ..
Image may contain: 1 person
selfie itu tak tinggal
seminar ni dimulakan dengan sesi soal jawab mengenai taska anak yang kita hantar...selepas sesi soal jawab ada ceramah nutrisi dan pemakanan untuk kanak-kanak...masa ni ada satu aktiviti untuk buat bento....
yang mana setiap kumpulan diberikan bahan dan diminta untuk menyediakan bento sekreatif yang mampu...dan hasilnya tarra muka kartun...hihi..seronok pula kalau aktiviti mcm ni...

tak payah nak dengar ceramah sangat pun kita dah faham..alhamdulillah ...sangat suka attend this seminar 
Image may contain: food and indoor
bento 
Read More

Ismail Izzani - Sabar

7:36 AM
Ismail Izzani - Sabar

Assalammualaikum...

Jangan menangis, sayangku
Ini hanyalah sementara

Berdoalah
Pada Yang Esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana

Mungkin kau tak pernah sedar
Bukalah mata dan dengar
Dengarkan lagu ku
Ku cuba untuk lepaskan
Luahan hati ini
Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti

Now i’m all alone in the dark
Why should I lose you when I needed you the most
The best is the best, the past is the worst
Just let it go, just let it go, no….
Why is it hard for you to see
When everything i’ve done is for you and me
1liriklaguu,blogspot.com
Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti

Jangan pedulikan
Teruskan berjalan
Biar waktu pisahkan kita
Walau bukan selamanya…

(**Syamimi dan wani suka lagu ni ,,mama tumpang sekaki )
Read More

Monday, May 15, 2017

Review: Lafazkan Kalimah Cintamu

10:17 AM
Review: Lafazkan Kalimah Cintamu
Assalammualaikum...
No automatic alt text available.
Mv bagi 5 Bintang 
Tengku Aqilah seorang anak yang dahagakan kasih seorang ayah.Seorang adik yang dambakan kasih seorang kakak..dan seorang isteri yang dibenci suaminya sendiri.

Bagaimana seorang anak dibenci oleh ayahnya kerana dituduh menyebabkan kematian ibunya sendiri.Dituduh merampas kekasih hati kakak kandung sendiri.

Membesar tanpa kasih sayang keluarga menjadikan hari Tengku aqilah dingin dan tak berperasaan. Yang mana akhirnya membuatkan hati ayahnya lembut menerima aqilah dalam hidupnya.

Namun bukan semudah itu, dikala dia mengapai bahagia si suami pula berubah...berusaha dia menawan hati suaminya namun tak berjaya..Dikala dia disahkan mengandung dan pada masa yang sama menghidap kanser payudara dia merasakan kisah hidupnya akan seperti arwah ibunya....

Kedinginan layanan dari sang suami dan permintaan si suami..akhirnya 2 berita besar itu disorakkan tanpa pengetahuan Ku Ryan...kehilangan si isteri membuka mata ku Ryan...

Namun semuanya sudah terlambat..isteri yang dibenci kini menghilang dan menderita...Kesudahan yang agak menarik dan saspen bagi MV ...

So korang kena baca ,,,walaupun ni bukan novel baru penulis siti ROsmizah tapi ianya boleh buat anda ketawa marah dan berendam air mata


Start baca 08.05.2017 ...habis pada 14.05.2017


Read More

Saturday, May 13, 2017

Suku akhir kedua piala fa 2017 -Terenganu vs Kedah-

9:12 PM
Suku akhir kedua piala fa 2017 -Terenganu vs Kedah-

Assalammualaikum

Perlawanan Suku akhir kedua piala fa 2017 -Terenganu vs Kedah- hari ni dengan kelebihan 1 gol buat kedah di tempat sendiri..

Dan skg kedah mendapat gol awal di tempat lawan menjadikan aggregat skg memihak kepada kedah (2-0)

Temankan mr velentine layan bola..mv pula sambil2 layan bola layan novel lafazkan kalimah cintamu

Read More

ALL ABOUT MYCHILDREN BORN

7:15 PM

ALL ABOUT MYCHILDREN BORN

Assalammualaikum

ALL ABOUT MYCHILDREN BORN

1. Epidural? - all no
2. Father in the room? - No
3. Induced? - first son
4. Know the sex beforehand? - All yes

5. Due Date?
1st- 16.01.2007
2nd-01.12.2007
3rd- 19.08.2010
4th- 21.12.2013

6. Birth Date?
1st- 28/01/2007
2nd-01/12/2007
3rd- 19/08/2010
4th-21/12/2013

7. Morning sickness? - yes semua siap masuk wad tambah 21 botol air utk anak ke3

8. Kilos gained? - 15-20kg

9. Sex of the baby? -
1 Boy
2 girl
3 Girl
4 Girl

10. Place you gave birth: -
1 hospital ranau
2 hospital tangkak
3&4 hwkks

11. Name of the doctor? - semua nurse yg sambut

12. Hours in labor room?
Nda ingat yg pasti bawah 3 jam

13. Baby's weight? -
1st- 3.0kg
2nd- 3.2kg
3rd- 3.1kg
4th- 3.3kg

14. Normal or ceaser - All normal

15. Baby's Name? -
Mohamad haikal faiz bin velentine
Ayu syamirah binti velentine
Wani syazwana binti velentine
waznah syamimi binti velentine

16. How old is your baby today?
10 y 3 m
9 y 5 m
6 y 9 m
3 y 4 m

Come on mamas! Let's hear your story! Copy and paste. Change my answers to yours.
Happy Mother's day!! ⚘

Read More

Friday, May 12, 2017

Hari Bersama Ketua Pegawai Perkhidmatan Awam

8:46 AM
Hari Bersama Ketua Pegawai Perkhidmatan Awam
Assalammualiakum....

Image result for ketua pegawai perkhidmatan awam 2017
sumber google

Semalam merupakan Hari yang padat..Ketua Pegawai Perkhidmatan Awam  Ybhg. Dato' Sri Zainal Rahim Seman turun ke Sabah.MV terlibat dalam Mesyuarat perhubungan Ketua Jabatan Bersama KPPA yang dibuat Di Intan Sabah..

Di tempat yang sama juga berlangsung satu majlis penyerahan surat kenaikan pangkat kepada pegawai yang terlibat oleh Dato' Sri Zainal Rahim Seman dan pada petang pula ada sesi interaksi KPPA Bersama Pegawai Muda di Sabah ...

majlis tue berlangsung di Auditorium KPKPS...ALhamdulillah semua majlis berjalan lancar...penat??biasalah kerja mana yang tak penat kan...

Blog maafkan tuan kamu ni ya...baru mau update blog hari ni...
Read More

Wednesday, May 10, 2017

Rumah Pink Syamimi

7:00 AM
Rumah Pink Syamimi

Assalammualaikum...

Syamimi...lama dah tak update hasil kerjanya...dia datang mood rajin..rajin lah ..isnin tu malam dia mewarna lukisan....rumah....yang pastinya masih lagi berwarna warni ....hihi..macam biasa...

Alhamdulillah ada peningkatan dari kawalan mewarna dan pemilihan warna...keep it up adik mama...


Read More

Tuesday, May 9, 2017

Temujanji Mata Wani 1/2017

3:59 PM
Temujanji Mata Wani 1/2017
Assalammualaikum...
posing bertiga 
Semalam 08.05.2017..temujanji wani di klinik pakar mata Hospital Likas.Semalam MV ambil cuti rehat sebab malaslah mau isi borang keluar...temujanji jam 9...MV datang dalam jam 7.30 pagi...

Tapi mak ai punya lah lama cari parking...bila sudah cari parking smpi di kaunter bayaran...nah panjang kau barisan...mesin nombor rosak ..terpaksa baris..tunggu kaunter buka jam 8.00 pagi..

ulangkaji untuk exam sementara belum dipanggil 
Oleh kerana GL tak dapat print di sana..MV bayar RM5 ...nda terfikir pula GL mr Velentine..sebab dalam fikiran mau cepat siap..sebab petangnya Wani ada exam di sekolah rendah....Syamimi pun turut cuti sama..melayan karenah dua orang ni bikin sakit kepala...

layan kan budak kecik ni ...
Sebelum nombor di panggil wani sempat study sikit...exam kan...oh ya...kali ni hasil dari temujanji ...degree tak berubah...dan juling pun dah ok...doktor cakap dia ble control matanya yang juling...doktor suruh MV rakam gambar atau video kalau nampak mata wani juling ...


Doktor puas hati dengan keadaan mata wani..dan pesan kena selalu pakai cermin mata..supaya degree x naik...alhamdulillah syukur...lepas ni temujanji akan datang 13.11...disebabkan sibuk ..MV lupa temujanji mata kakak AYu ..huhu..

Ptut nya 2.05.2017...terpaksa tunda ke 02.08.2017...masalah pula ayu ni x nak cuti....nak ke sekolah ..terpaksa bincang dengan cikgunya lah lepas ni..ayu lmbt sikit masuk sekolah mungkin dalam 9.30 pagi gitu...

inilah kisah budakkaca mata MV...bukan satu tapi 3orang 
Read More

Sunday, May 7, 2017

Minah cengey hati tisu-aifa batrisya-

10:08 PM
Minah cengey hati tisu-aifa batrisya-
Assalammualaikum


Minah cengeh hati tisu...tulisan aifa batrisya..antara cinta dan persahabatan,kepercayaan dan pegangan..
Naurah tihani(hani) dan dayan hawari(wari) 2 sahabat baik berlainan jantina...yang mana perhubungan mereka menjadi salah faham orang sekeliling...

Hani yang baru tahu dia ada penyakit menyerahkan soal jodohnya kepada org tuanya...dan dia memilih pilihan keluarga..

Siapa sangka Doktor Adam Yusof aka boy aka mamat jambu batu adalah suami pilihan keluarganya..
Iya lelaki yg menyebabkan dia hilang keyakinan utk berkawan dengan kawan perempuan..sebab itulah sahabat baiknya wari mnjadi teman baiknya selama 8 tahun...

Mcm mana perasaan wari setelah hani bergelar isteri org..hani mnggangap dia kawan tapi dia pula sebaliknya...

Mcm mana perhubungan hani,wari dan adam...jom baca novel ni...part akhir2 nanti pasti mengalir air mata..good job buat penulis Memang terbaik novel ni

Read More

Bahagia - Ruueza (Cover) +lyrics

7:30 AM
Bahagia - Ruueza (Cover) +lyrics


Assalammualaikum


setiap yg ku lakukan untuk dirimu 
terasa bagaikan angin yang berlalu 
bila dirimu tiada hatiku rasa hiba
kau tanda bahagia kaulah dunia 

walaupun aku tahu 
kau bukan milikku 
kau perlu tahu 
sedihnya novel cintaku 

biarlah yang fahami 
hanya diriku saja
ku tetap berdoa agar kau bahagia

MV suka lirik lagu ni..tahniah adik eza edmond sebab sekarang bergelar artis rakaman di awah syarikat Luncai Emas..SIfu Datuk M.Nasir
Read More

Saturday, May 6, 2017

"Giveaway Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani"

1:42 PM
"Giveaway Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani"
Assalammualaikum...

Klik Banner untuk join 
Syarat-syaratnya:-
  1. Follow Blog Sha - KasihkuAmani
  2. Buat entry dengan tajuk "Giveaway Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani" dan letakkan gambar dibawah dalam entry anda.
  3. Linkkan entry tu ke sini.
  4. Tinggalkan komen di sini
  5. Jawab soalan ini "Anda suka tak kalau Sha buat Giveaway dan bagi hadiah buku? Kenapa?"
Untuk no.5 MV tersangat lah suka kalau hadiah buku sebab MV memang suka membaca buku...
Read More