June 2017 - All About Love

Friday, June 23, 2017

Duit Raya

8:00 AM
Duit Raya
Terima kasih yang memberi 
Assalammualaikum....

Duit Raya,,Awal Anak-anak MV dapat Duit Raya Terutamanya Syamimi...ada yang tak masuk dalam gambar lagi...itu adalah pemberian CIkgu dan ibubapa anak yang sama TAska dengan syamimi....

So syamimi pun balas balik denganbagi duit raya dekat semua kawan2 dia...semoga anak2 taska menerima pemberian dari MV dan syamimi dengan gembira...

Yang biru tue dari Bos MV untuk HaikalAyuwanimimi....terima kasih bos..kiranya bertukar2...MV pun ada bagi kat anak bos...walaupun jumlah tak sebesar mana...

Yang ada Muka PM kita tu dari Puteri UMNO Sepanggar...masa MV ke majlis sumbangan pembukaan akaun SSPN wani di sekolah..Wani terpilih dapat buka akaun percuma...time ni kakak ayu dan abang haikal pun dapat...

tapi duit tu dorang simpan sendiri..dah besar katanya....lagipun dorang memang ada rancangan juga apa mau di buat dengan duit raya tahun ni..hihi....

Tahun ni MV tukar RM200 untuk duit raya...tapi selalunya tak habis  pun..ada baki lagi buat belanja sekolah anak-anak..korang pula tukar berapa?
Read More

Thursday, June 22, 2017

Majlis Berbuka Puasa 2017

8:00 AM
Majlis Berbuka Puasa 2017
Assalammualaikum...
biru baju raya tahun lepas 
Majlis berbuka puasa pejabat MV tahun 2017...Alhamdulillah berjalan lancar pada 16.06.2017..Tarikh ni berlangsung juga Iftar Sabahan Blogger..MV tak dapat join sebab ada majlis berbuka puasa ofis yang dianjurkan oleh Kelab SUKSES PSUPS.

Majlis berbuka puasa ni setiap ahli kelab dapat sebalang biskut dan duit raya ..oklah dari xa kan...program macam ni sebenarnya untuk mengeratkan lagi hubungan sesama staf dan ahli keluarga ...

with family kecil kami...
Masa majlis ni..kiranya berbuka free tajaan kelab hihi...diet masa tue dilupakan seketika hahahaa...


Read More

Wednesday, June 21, 2017

Slime

10:45 AM
Slime


Assalammualaikum...

Slime? Apa itu Slime? Slime adalah  segumpal bahan yang melekit/paket/kental yang terasa sejuk bila dipegang...

Kenapa MV tiba-tiba cerita pasal ni...al kisahnya...wani dan Ayu suka buat slime ni...dan yang menjadi mangsa...bedak syamimi dan makeup MV...adui bertabahlah...itu belum lagi kisah wani dan anak bos MV buat slime guna gam library dan sabun kat tandas..huhu

sumber google
Budak-budak sekarang advanced yang amat....MV kena bersabar lah dengan dorang ni..habis makeup MV jadi mangsa...nak bagi shining konon so dorang pakai MV punya glitter eyeshadow dorang pegi guna...


sumber google
Anak-anak korang atau adik korang adakah yang terlebih advanced macam ni???Biasanya bahan yang digunakan untuk buat slime ni :-

  1. gam air
  2. sabun
Slime ni kegunaannya adalah untuk membersihkan kotoran di celah2 keyboard komputer....hahaha...google baru tau ada kegunaannya...advanced anak2 MV ni berfaedah juga nampaknya

Read More

Monday, June 19, 2017

Sempurna Takkan Pernah Ada

7:42 AM
Sempurna Takkan Pernah Ada
Assalammualaikum

Image may contain: text

Jangan Menolak siapa yang datang dan jangan kejar pada yang sudah pergi.

Terima yang depan mata seadanya jika mahukan yang sempurna takkan pernah ada.

**deep ramai yang mencari yang sempurna sedangkan sebenarnya tiada yang sempurna..
Read More

Sunday, June 18, 2017

Popia cheese

11:54 PM
Popia cheese

Assalammualaikum

Alhamdulillah bertambah lagi kuih raya mv...siap popia cheese..so dah ada 3 jenis kuih raya..

Lepas ni nak buat cornflakes madu ....tahun ni mv lmbt sikit buat kuih..popia mini takda tahun ni...

Kita makan kat rumah mak mv jer lah.hihi..korang dah banyak ker kuih raya

Read More

Saturday, June 17, 2017

Biskut raya

11:49 PM
Biskut raya

Assalammualaikum

#biskutulatbulu

#biskutbutter

Selesai 2 jenis biskut...esok sambung lagi

Read More

Friday, June 16, 2017

Rachel Platten - Fight Song (Official Video)

7:33 AM
Rachel Platten - Fight Song (Official Video)


Assalammualaikum..

Like a small boat
On the ocean
Sending big waves
Into motion
Like how a single word
Can make a heart open
I might only have one match
But I can make an explosion

And all those things I didn't say
Wrecking balls inside my brain
I will scream them loud tonight
Can you hear my voice this time?

This is my fight song
Take back my life song
Prove I'm alright song
My power's turned on
Starting right now I'll be strong
I'll play my fight song
And I don't really care if nobody else believes
'Cause I've still got a lot of fight left in me

Losing friends and I'm chasing sleep
Everybody's worried about me
In too deep
Say I'm in too deep (in too deep)
And it's been two years
I miss my home
But there's a fire burning in my bones
Still believe
Yeah, I still believe

And all those things I didn't say
Wrecking balls inside my brain
I will scream them loud tonight
Can you hear my voice this time?

This is my fight song
Take back my life song
Prove I'm alright song
My power's turned on
Starting right now I'll be strong
I'll play my fight song
And I don't really care if nobody else believes
'Cause I've still got a lot of fight left in me

A lot of fight left in me

Like a small boat
On the ocean
Sending big waves
Into motion
Like how a single word
Can make a heart open
I might only have one match
But I can make an explosion

This is my fight song (Hey!)
Take back my life song (Hey!)
Prove I'm alright song (Hey!)
My power's turned on
Starting right now I'll be strong (I'll be strong)
I'll play my fight song
And I don't really care if nobody else believes
'Cause I've still got a lot of fight left in me

No I've still got a lot of fight left in me


**Lagu ni untuk pendidikan muzik haikalayu.salah satu cara cikgu dia nak bagi tingkatkan lagi BI...
Read More

Thursday, June 15, 2017

Gred purata pelajar

9:07 AM
Gred purata pelajar
keputusan wani...
Assalammualaikum...

Gred purata pelajar...Sekarang nak tentukan kedudukan bukan hanya dari pencapaian gred keseluruhan..tetapi Gred purata pelajar....Macam wani keputusan dia untuk 6 subjek teras yang dinilai 4A 1B 1D...gred purata pelajar dia 1.67 dan kedudukan dia 25/49 untuk kelas dan 29/98 untuk darjah...

kawan dia..3A 3B dapat nombor 13 sebab gred purata pelajar dia 1.5...wani cakap kenapa banyak A tapi nombor jauh..huhu...susah mau fahamkan budak2...kesian juga tengok...tapi wani ada 1 D untuk BI penulisan...


Takpalah wani...lepas ni kena perbaiki untuk BI dan matematik ya..kertas BI 2 tu nak salahkan dia pun x ble sebab kertas tue gambarnya kabur,,jadi kira oklah D at least masih lulus...

MV kongsikan sedikit tentang pengiraan gred purata pelajar untuk ibu bapa semua...
credit untuk SINI


credit untuk SINI
Read More

Wednesday, June 14, 2017

Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia

3:40 PM
Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia
Assalammualaikum

 http://solehahshamsuddin.blogspot.my/2017/06/giveaway-rm1000-by-solehah-shamsuddin.html?m=1
Klik banner untuk Join
Join Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia...

Semua syarat syarat yang ditetapkan dah buat dengan jayanya.

1. Username SGShop | suzyanna
2. Id Blog | Mrs Velentine
3. Facebook | Suzyanna yap  
4. Instagram | Mrs Velentine 


Read More

Shopping raya

8:57 AM
Shopping raya


Assalammualaikum


Shopping raya.korang dah siap persediaan raya???Mv belum lagi ..bru beli baju untk Mv dan gegirl..

Mr velentine dan abg haikal baru nak order..tgh tgu smpi...warna pilihan kami tahun ni kuning mustard...punya lah payah mau cari...tapi bertabahlah apabila anak pndi sdh mengomel tak sedondon nanti

Sambung shopping jumaat nnt..weekend ni misi projek buat Kuih raya..so chayok2....belum ada lagi ni kuih raya...

Kamu semua sudah adakah?
Read More

Tuesday, June 13, 2017

Menang Must Love Giveaway By Aroma Scents

1:57 PM
Menang Must Love Giveaway By Aroma Scents

Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com

8:30 AM
Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Jun 2017, iaitu tepat jam 4.30 petang sehingga hari esok, 4.30 petang 13 Jun 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read More

Talian Celcom bermasalah

8:25 AM
Talian Celcom bermasalah
Assalammualaikum...

Siapa Pengguna celcom???Talian kamu ok kah..sebab MV punya talian celcom xda line...MV ada 2 nombor satu digi dan satu celcom ...MV guna celcom untuk langgan data internet saja...

Untuk whatsapp dan call tetap guna digi...tapi dari jam 7.00 pagi tadi tiba-tiba celcom MV ni tiada line...Nasib baiklah kat library ni ada wifi ble guna untuk whatsapp..MV cuba restart hp ...

Tapi tetap juga mcm tue....ada sesiapa yang alami masalah sama macam MV?
Read More

Juadah Berbuka Puasa

8:18 AM
Juadah Berbuka Puasa
Image may contain: food
Semuanya Homemade
Assalammualaikum

#sayurcampur #nasigorengsardin #saladtauhu #aircincaubandung #sosej #buburkacang 

Menu berbuka kami pada 17 Ramadan...simple saja dari dapur kecil MV...Air tangan ibu dan isteri ...suami minta bubur kacang...wani minta nasi goreng sardin ...MV pula nak akan salad tauhu...

MV kongsikan resepi salad tauhu...

bahan2
tauhu(MV pakai tauhu jepun)
timun(potong dadu)
tomato(potong dadu)
limau kasturi (jus)
bawang merah (hiris)
Cili (hiris)
garam 
gula

Cara-cara...
  1. tauhu lumur garam sikit then goreng lepas tue sejukan...
  2. timun tomato cili bawang digaul dengan jus limau kasturi ...then letak garam dan gula secukup rasa..
  3. kemudian masukkan tauhu yang sudah dipotong...
(yang MV semalam letak mayonis sikiT)

Ok sekian entry MV ..bolehlah cuba
Read More

Monday, June 12, 2017

Perlaksanaan Cukai Pelancongan 1 Julai 2017

3:39 PM
Perlaksanaan Cukai Pelancongan 1 Julai 2017
Assalammualaikum...

Perlaksanaan Cukai Pelancongan bermula 1 Julai ini - Nazri ...Kecoh di Fb sarawak dan sabah menolak perlaksanaan cukai pelancongan yang berkuat kuasa pada 01. julai 2017..Kerajaan Negeri Sarawak sudah pun menarik diri dari Lembaga Pelancongan Pelancongan Malaysia pada hari ini...

Sabah pula belum ada sebarang kenyataan rasmi..cuma dari menteri pelancongan iaitu Datuk Masidi yang menyatakan tidak bersetuju dengan Perlaksanaan Cukai Pelancongan kerana iannya akan industri pelancongan di Sabah terjejas

Sekaligus menyebabkan kehilangan pekerjaan..Apa pendapat kamu tentang ini?Mv pun baru jer tahu pasal ni....MV kurang bersetuju dengan pelaksanaan ni...
Read More

Cuti sekolah Sempena HAri Raya Aidilfitri 2017

11:56 AM
Cuti sekolah Sempena HAri Raya Aidilfitri 2017
Image may contain: text

Assalammualaikum...

Cuti sekolah Sempena HAri Raya Aidilfitri 2017..ada perubahan untuk kumpulan B...sekolah akan mula bercuti pada 23.06.2017 tetapi akan ada kelas ganti pada 17.06.2017..MV bercuti ikut cuti sekolah anak-anak saja...

Korang pula macam mana?
Read More

Katakan Kau Cinta -Nori Zulkifli-

7:40 AM
Katakan Kau Cinta -Nori Zulkifli-
Katakan Kau Cinta by Nori Zulkifli

Assalammualaikum..

Katakan Kau Cinta hasil tulisan Nori Zulkifli...jalan cerita mengenai kehidupan seorang gadis bernama Norisha Barbara Jane..

Norisha Barbara Jane,Gadis berdarah kacukan yang menjadi rebutan lelaki walaupun setelah dia bergelar isteri kepada Nurizham Syah .Perkahwinan yang tak dirancang dan antara punca kenapa dia menjadi isteri Izham.Namun Kesudian Norisha mengantikan kakak tirinya membuahkan cinta di hati Izham.

Farid Iskandar,Rasul Fikri dan Murad..antara lelaki yang ingin merebut Norisha daripada IZham,,,keinginan mereka memiliki norisha sehingga lupa status Isteri yang dipegang Norisha...

Kenapa Kartini (kakak tirinya ) dan Datin Zaleha(ibu mertua) Norisha Membenci norisha...

Apa hubungan farid ,rasul fikri dengan Izham?kenapa mereka membenci IZham...

(membaca novel ni membuatkan kita merasai nasib dan derita yang ditanggung oleh seorang anak luar nikah yang dibuang keluarga dan masyarakat setempat ) 

Read More

Saturday, June 10, 2017

Alergi mamat romantik -Ezza mysara-

7:18 AM
Alergi mamat romantik -Ezza mysara-
Assalammualaikum

"house tu dibina dengan batu,kayu dan konkrit manakala home pula dibina dengan kasih sayang,cinta dan sikap saling menghormati."


Nurul kaisara si penulis novel yang alergi mamat romantik,Arjuna sang Lawyer seorang mamat romantik..Bakhtiar pula mamat sarcastic...

Bagaimana kaisara mula jatuh cinta dengan mamat romantic yg tiada dalam list ciri2 suami pilihannya..

Bagaimana bakhtiar menyedarkan kaisara cinta itu sebenarnya indah..

Kehidupan alam perkahwinan yg penuh dengan dugaan ...bertahun kahwin  tanpa kurniaan seorang anak...pandangan orang sekeliling..

Bagaimana kita bertahan dengan dugaan dari Allah bila kehilangan orang tersayang..

Novel ni padat dgn cerita romantik,ilmu kekeluargaan dan juga agama...menyentuh juga kehidupan sekeliling kita...






Read More

Friday, June 9, 2017

Koleksi Menu Berbuka Vol.2

10:19 AM
Koleksi Menu Berbuka Vol.2

menu 10 ramadan-bihun sup....
Assalammualaikum...

Koleksi Menu Berbuka Vol.2 adalah sambungan Koleksi Menu Berbuka ....kali ni menu berbuka MV sekeluarga pada 10 ramadan hingga 13 ramadan..Menu berbuka homemade saja...Simple..

Menu 10 ramadan kami ialah bihun sup...isi ayam,tauhu putih,tauhu kering,sayur sawi,timun dan tomato dan pati kuib ikan bilis..

menu 11 ramadan-lamp chop homemade
Menu 11 ramadan pula lamp chop homemade..MV ada update hari tue konon nak ala ala western food lah ...dan MV dapat komen dari unni
up la caranya.. hahahahahha kuah kuah x reti nak buat
hihi..unni kak MV pun beli sos blackpaper jer..suma MV olah kan sos tue..MV tambah kan sikit air dan perahan limau,,,,,,tambah air sebab supaya berkuah..tapi tambah sikit jer...

unni boleh cuba ya nanti ...

menu 12 ramadan - kuey teow goreng,kuey teow sup,ayam goreng,sandwich dan air jagung 

untuk hari ke 12 pula MV  terlebih rajin hahaha,,,,MV sediakan kuey teow goreng,kuey teow sup, ayam goreng sandwich dan air jagung...

Sandwich tue MV campurkan sardin dan mayonis ,..so dapatlah rasa tuna.....hihi...

menu 13 ramadan-ayam butter ,salad telur
ayam butter dan salad telur...kredit to unni dan lea azleeya...sebab kemarin masa BW nampak entry dorang pasal menu ni..tapi taulah kamu kan kalau MV...memang saja derhaka dari resepi....

ayam MV tak cukup bahan ..kurang daun kari...untuk salad telur,,MV main campak-campak...

Salad telur 

bahan-bahan
telur dadar(hiris halus)
sayur sawi(celur dengan air panas)
lobak(hiris halus)
buah pear,timun (potong dadu)
tauhu kering (hiris)

Campurkan kesemua bahan2 kemudian gaul dengan mayonis(ikut selera lah ya mau banyak atau sikit)...lepas tue masukkan sikit susu cair...then siap....


sedap makan dengan nasi..atau pun makan mcm tue saja...(**bahan-bahan tue boleh ditukar..sebab MV pun derhaka dari resepi)


**sekian perkongsian yang tak seberapa dari MV


Read More

Orang memberi kita menerima

7:00 AM
Orang memberi kita menerima
tq giftnya
Assalammualaikum...

Orang memberi kita menerima...begitulah kehidupan kan...MV terima hadiah 2 helai tudung dari ex ofismate MV..,,satu bawal satu lagi shawl 2 muka...walaupun pemberian bagi sesetengah orang"ala tudung saja pun"

Tapi bagi MV ingatan dia tue yang penting..terima kasih CC Dg Rosmah atas pemberian ni....

Read More

Thursday, June 8, 2017

Segmen: Bloglist kisahsidairy.com June 2017

9:05 AM
Segmen: Bloglist kisahsidairy.com June 2017

Bantuan Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2017 sudah di bayar

7:46 AM
Bantuan Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2017 sudah di bayar
No automatic alt text available.
nampak tak darurat...
Assalammualaikum..

Bantuan Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2017 sudah di bayar hari ini 08.06.2017..Bantuan sebanyak RM500 dibayar kepada semua penjawat awam tanpa mengira status tetap,kontrak atau pekerja harian Sambilan...

Cuma yang musykilnya..kenapa Guru Kafa tak layak untuk terima bantuan ni...(**kesian kat dorang..sebab kalau ikut dorang pun macam status kontrak atau pun pekerja harian sambilan..sebab mereka hanya dbayar elaun sebanyak RM900)

Bantuan ni juga dipanjangkan kepada pesara dengan kadar rm250...Alhamdulillah semoga dengan bantuan ni dapat meringankan dan membantu dalam persediaan raya...

Tapi kan kena berjimat lah..sebab minggu depan penjawat awam persekutuan dah gaji pada 15.06.2017...kena pandai atur kewangan ..nampak tak kat gambar di atas...40 hari menunggu gaji bulan seterusnya...atau pun dalam istilahnya darurat...hihi

bukan itu jer...ada satu lagi misi 42 hari menunggu haji...iaitu pada depavali...semoga kita bijak berbelanja ....
Read More

Pembantu Pustakawan S19

7:00 AM
Pembantu Pustakawan S19

Assalammualaikum....

abaikan muka yg pucat itu..hihi..MV kalau bulan puasa memang takkan makeup..dah terbiasa...jadi jenuh juga lah org tanya..aik kenapa muka pucat....hari ni nak cerita MV sebagai pembantu pustakawan...

Pembantu pustakawan ni dulu adalah pembantu perpustakaan ...tapi pada julai 2016 nama jawatan di tambah baik...MV mohon jawatan ni dengan menggunakan SPM...bermula dengan calon simpanan akhirnya MV mula bekerja pa Feb 2007...

Masa tue MV ditugaskan di Kolej Matrikulasi Johor...dengan zero MV belajar banyak benda..siapa cakap pembantu pustakawan just jaga perpustakaan ...sebenarnya silap...skop kerja nya banyak...bermula dengan pemilihan buku untuk proses perolehan...

bila buka dah sampai kita buat pendaftaran untuk hak milik dan nombor perolehan(kiranya macam ic)...lepas tue katalog...kalau katalog novel laju jer buat...sebab senang....begitu juga buku yang ada CIP(catalog in publication)..kalau xda CIP boleh copy catalog kat opac PNM....

Kalau tiada kena lah catalog sendiri...dah lepas katalog kena tampal spinel label dan slip pemulangan....lepas kena susun kat rak..proses mengemas rak kita panggil Shelving...kalau dekat library MV biasa MV buat seminggu sekali sebab tak ramai orng..kadang buat hari-hari 

Tapi dulu di Matrik biasa kami akan susun pada malam kami bertugas(overtime...)susun lah ikut rak yang dijaga tapi kat library sekarang rak kena susun semua...kena rajin shelving baru kita mahir...dan dapat cari buku dengan mudah...

Dulu MV siap ada tugas membalut buku...mula-mula memang tak laju tapi lama-kelamaan makin laju..sampai lah sekarang ...kami juga buat keratan akhbar..menjaga kaunter untuk proses peminjaman dan pemulangan....

MV sebenarya sangat suka dengan kerja MV sekarang...walaupun masa mula-mula kena lalui kursus untuk pengesahan jawatan..paling diingat iya exam subjek jabatan....soalan esei...syukur MV pergi sekali jer dah lulus...

soalan subjek jabatan yang paling susah lah bgi MV kalau dalam skim jawatan kerajaan...kena jawab 3 paper atau 4 paper MV dah lupa...yang MV tau ianya esei...dan Soalan Peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) pun lebih kurang soalan subjek jabatan

Cuma cara menjawab berbeza,,,Alhamdulillah MV dah lulus Ambik KPSL tahun 2011..tapi belum ada rezeki untuk naik pangkat..pernah pegi interview tahun 2014 tapi x lepas...hihi...

**ok sekian cerita MV sebagai Pembantu Pustakawan
Read More

Wednesday, June 7, 2017

Lamp Chop Homemade

10:40 AM
Lamp Chop Homemade
Tiada brokoli...apa yang ada di peti ais pakai jak
Assalammualaikum...

Lamp chop homemade menu berbuka semalam...sebenarnya nda rancang pun mau makan ni...Kisahnya MR Velentine order lagi daging kambing..katanya nda puas makan hari tu...Mr Velentine rindu nasi katanya...

Sepanjang puasa ..baru 2 kali makan nasi...hihi sebab wife dia ambik kesempatan diet jadi semua kena ikut...itulah yang terhasil lamp chop ni..kononnya x mau makan nasi..tapi kan bila nampak suami makan nasi tue..dengan sambal tuhau..terus makan jugalah sikit hahaha....

walaupun lamp chop MV ni tak semegah yang di restoran....tapi yang penting ikhlas dari hati ...chewah....hari ni menu berbuka belum terfikir....kita tunggu lah ilham kejap lagi 
Read More

Wordless Wednesday #memberi tanpa malu#

7:00 AM
Wordless Wednesday #memberi tanpa malu#

Assalammualaikum...

Jangan malu memberikan sedikit,
kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali...


Read More

Tuesday, June 6, 2017

Deko Pilihan Untuk Raya

3:45 PM
Deko Pilihan Untuk Raya
Assalammualaikum...

Alhamdulillah sudah masuk 11 Ramadhan..sudah melepasi minggu pertama bulan puasa...Pejam celik pejam celik tak lama lagi sudah mau raya kan... bila cerita pasal raya ni terus teringat dulu masa masa muda remaja(**sekarang muda juga tapi bukan remaja hahaha)

Dulu masa zaman sekolah..bab menghias atau deko ruang tamu rumah ni serah saja dengan MV ,,masa tue idea memang mencurah-curah...dah jadi isteri dan mak orang ni rasanya lama dah tak menghias rumah untuk raya...sebabnya raya tue lebih pada kampung..balik kampung suami dan MV sendiri...

MV nak share lah deko yang MV nak buat untuk ruang di rumah:-

1.Kad Raya- MV ingin mengembalikan semula hiasan deko rumah ketika tahun 90-an...tapi kali ni kad raya tue diletakkan dalam frame...macam yang di bawah ni...sekali sekala kita tukar kan lah fungsi frame ni...



2. Karpet- sesetengah orang mungkin akan fikir bila ada pasang karpet ni leceh,banyak habuk.Tapi MV karpet ni sangat membantu juga terutamanya yang ada anak-anak kecil macam MV...Pemilihan karpet tue yang penting....tau lah kan budak...makan ada jer tercicirnya tertumpah lah....So pilihan karpet kena lah yang senang di bersihkan macam kat gambar di bawah



Mv rasa deko impian MV tak memerlukan sangat tukar-tukar perabot cukuplah kita pakai apa yang ada cuma ditambah dengan hiasan serta karpet ....ditambah pula dengan pilihan langsir yang bersesuaian...

cantik kan langsir ni...



Kamu semua boleh dapatkan barang-barang untuk merealisasikan deko rumah impian untuk raya sempenan Promosi  Marhaban-Ya Ramadan Dan Riang Ria  Raya sale(http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) yang bermula pada 19 Mei 2017 sehingga 30 jun 2017.Potongan harga sebanyak 90 % menanti....jangan lepaskan peluang kamu ...



Read More

GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS

10:06 AM
GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
Selamat berpuasa untuk semua pembaca myafarisha.com yang disayangi. Sempena Ramadhan dan Syawal yang sememangnya dekat sangat dengan kita, Mya dengan usahasama rakan-rakan AFB (Auto Feed Blog) membawakan Giveaway Raya, istimewa untuk anda. Ada RM 240 untuk awak cuba rebut dan menang. Syarat-syarat pun mudah sahaja. Tak mahu borak panjang, kita usha syarat dan hadiah kat bawah.


Syarat :
↳ Malaysian Blogger
↳ Follow Instagram kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow / Add FB kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow Google+ kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow blog kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Buat satu entri bertajuk : GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
↳ Copy and Paste code di bawah dalam HTML and Publish.

↳ Tinggalkan link entri dalam bahagian komen
↳ Selesai

*kalau awak tak ada Instagram atau FB, please do mention it dalam entry*

Hadiah :
💕 Tempat pertama : RM 100
💕 Tempat kedua : RM 70
💕 Tempat ketiga : RM 50
💕 Tempat keempat : RM 20

So, jangan tunggu lama-lama. Bermula hari ni sehingga 19 Jun nanti.
Cepat-cepat join sekarang. Klik je banner kat atas tu. Muah cikitt.
Read More

Happy Librarian Days

9:46 AM
Happy Librarian Days
Assalammualaikum..


Happy Librarian Days to mv dan semua yg bekerja sebagai librarian ...10 tahun sebagai pembantu perpustkaan ...skg di tukar nama sebagai pembantu pustakawan...

Enjoy dgn kerja bahagian library ni..walaupun dipandang xda kerja oleh ramai orang..tapi hakikatnya banyak keja sebagai pembantu pustakawan...

Read More

MUST LOVE GIVEAWAY BY AUROMA SCENTS

7:35 AM
MUST LOVE GIVEAWAY BY AUROMA SCENTS
http://namaakufazahirah.blogspot.my/2017/06/must-love-giveaway-by-auroma-scents-2017.html
Klik banner untuk join 
Assalammualaikum....

MV join GA ni..manalah tau kan rezeki dapat set auroma scents travel pack kan....Jom kawan-kawan join Ga ni...

Tarikh Tutup 11.Jun.2017

Nak join klik saja banner
Read More

Monday, June 5, 2017

Suamiku ketua gengster-qhayra qhayriesa-

11:18 PM
Suamiku ketua gengster-qhayra qhayriesa-
Assalammualaikum...
suamiku ketua gengster
Suamiku ketua gengster tulisan qhayra qhayriesa...

"Dia belasah orang aku tak suka, dia kata cinta aku pula gabra"

Tengku ishaan danish ceo muda menjadi pujaan merangkap ketua gengster yang mendambakan gadis yang sebaya kakaknya..

Nurul sarah sulaiman ....gadis keturunan biasa...menjadi cikgu peribadi ishaan ketika spm...merangkap kawan baik tengku iris kakak kpd tengku ishaan...

Keinginan dan keegoan tengku ishaan untuk memiliki sarah menjadikan sarah membencinya...

Bukan hanya sarah!!tetapi dahlan dan dellina....2 insan yg terluka dengan perkahwinan koboi mereka...
Siapa dellina???kenapa dia membenci sarah dan juga mahu memiliki ishaan....

**hidup jika berlandaskan dendam takkan ke mana dan xkan bahagia...
.
**jodoh dan takdir yang Allah tentukan pasti adalah yg terbaek untuk kita

Read More

Throwback Sukan Sekolah

3:42 PM
Throwback Sukan Sekolah
geng rumah biru 
Assalammualaikum...

throwback hari sukan sekolah anak-anak MV...kakak ayu dan wani ikut acara larian...si abang tak..tapi peranan dia hari tu sungguh tak sangka MV...dia disuruh jaga makanan untuk rumah sukan biru....setianya dia menjaga makanan....salute abg haikal...

oh ya gmbr ni jak yang dapat sebab yg pergi kawankan anak-anak ni..Mr velentine..MV tak dapat tengok..tengok kat video jer...wani menang emas untuk acara yang dia ikut...4x50 m...kakak Ayu hanya mampu tempat ke-4 ..takpa try lagi akan datang 

ready to run 
Read More