Followers

Wednesday, August 2, 2017

Home » » Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)


Assalammualaikum...

MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
1.    memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
2.    meningkatkan imej korporat;
3.    menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
4.    menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan
5.    memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.(baca sini) untuk info lanjut 



**MV tengah mengeksakan diri..hahaha...maaf tue yang agak sunyi lately

2 comments:

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat pagi rabu. Apa khabar Maznee ucapkan pada Mrs Valentine

    Sibuk urusan kerja

    Sebab tu tak rajin nak update blog kan

    ReplyDelete