Followers

Thursday, October 19, 2017

“October Book Giveaway by Blog Siqahiqa”

Assalammualaikum...

Klik Banner untuk JOin 
Giveaway ini akan berlangsung selama sebulan dari 12/10/2017 hingga 12/11/2017..

Jom Join 

Ribut Hati ( OST Tombiruo : Penunggu Rimba ) - Aina Abdul Lirik



Assalammualaikum...


Belum berkesempatan melihat folem TOmbiruo adaptasi dari penulis novel thriller nombor 1 Malaysia Ramlee Awang Mursyid..

Ramai yang pergi tengok semua cakap filem ni terbaik...ditambah lagi dengan lakonan Zul Ariffin,Faizal Husien....minggu depan budak2 exam..maybe lepas exam baru bawa anak2 pergi tengok ...

Sapa yang dah tengok cer kongsi pendapat korang tentang filem ni 

THrowback HAri Perbarisan Tyt 2017

muka happy walaupun berpanas
Assalammualaikum...

Throwback hari Istiadat Perbarisan Sempena Hari lahir TYT sabah yang ke 64...Saya Yang Menurut Perinta(SYMP) makanya berbaris berkawad lah...seawal 4 pagi terpacak sudah di padang merdeka Kota Kinabalu 

ready for perbarisan aka kawad
Tema baju ...korporat putih biru..tudung aidijuma ...kedua-duanya free...komitmen terhadap arahan ...bukan selalu jadi berkawad juga walaupun ke laut haha..nda menang nda apa..yang penting kerjasama kepada jabatan....

tudung sponsor baju sponsor 
Lepas ni ...perarakan Maulidur rasul lagi menanti ..venue nya di Tawau Sabah..pada 01 disember 2017

Wednesday, October 18, 2017

Lagi Reward Dari 8share

No automatic alt text available.

Hi, haikalayuwana!

Congratulations! You've succeeded in your Mission: Get Zombified, which required you to tag a friend and share this Special on your Facebook timeline.

Your reward of RM10 has been credited to your wallet.

Assalammualaikum...

lagi reward dari 8 share...walaupun hanya RM10.00 oklah tambah juga jumlah terkumpul sekarang ...jadi lah RM15.00 rajin join mission yang 8 share bagi...cepat lah juga dapat cashout,,

Mv kalau cukup RM50 memang terus cashout.lepas tu kumpul lagi balik...korang yang join 8share ada dapat reward ni 

Tuesday, October 17, 2017

Mee Ketam



Assalammualaikum...

Menu Lunch Hari ni Mee Ketam...Cod terus di ofis..RM8 dengan 2 ekor ketam,,mee pun banyak..MV makan dengan abang haikal untuk satu mee ketam....Sesiapa area kota kinabalu kalau berminat mau try boleh wasap no di bawah 

60 16-893 0696

**tolong promote...


Cermin Mata Terbelah Dua


Assalammualaikum....

Ganas kah nda ni..habis patah 2...ni cermin mata ketiga Abang Haikal ..kisah semalam...cuti sekolah ikut mama ke ofis..sebab malas mau hantar ke kampung at least boleh tengok dorang ulangkaji pelajaran..

minggu depan sudah peperiksaan akhir tahun...tapi yang menduga mama ialah belajarnya sekejap..mainnya banyak...siap lepak baca komik lagi...mentang2 di library banyak komik yang orang sumbang...

Alkisahnya...cermin ni patah ..dia sorok..sekali dengan cermin mata wani...cari di seluruh pelusuk library..akhirnya jumpa dia sorok belakang almari display buletin..geram jak tengok ar...

Patah..konon kalau nda jumpa..selamatlah...sebab hilang sekali wani punya..paling2 jadi mangsa yang kena marah ayu..sebab dia seorang jak nda kehilangan...sekarang tengah tunggu booth cermin mata wakaf..just bayar RM40.00 dapat cermin mata frame dan lense....

adui anak..time-time dugaan gaji 43 hari kemudian lah kamu buat hal..huhu

Roh Mengamuk -Tajul Zulkarnain

Assalammualaikum...

Roh Mengamuk -Tajul Zulkarnain cerpen berharga RM2.00 ...Projek untuk beli handphone baru ...Bayar RM2.00 nanti beliau akan berikan PDF cerpen...Kena jujurlah...jangan pula jual balik cerpen ni...

Siapa-siapa yang berminat boleh dapatkan cerpen ni dari beliau sekaligus membantu misi membeli Handphone baru...caranya mudah..just transfer RM2.00 ke account bank beliau...MV tak baca lagi..tapi bila nampak sikit opening memang best...rehat nnti baru nak baca...

Monday, October 16, 2017

Amaran Cuaca Buruk

Assalammualaikum

Amaran Cuaca Buruk

(Peringkat Kuning)

Dikeluarkan pada : 11:14am pada 16 Oktober 2017


Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat, Sandakan (Daerah Beluran), WP Labuan; dan Sarawak : Bahagian Limbang dari Selasa, 17 Oktober 2017 sehingga Khamis, 19 Oktober 2017.


Semoga berhati-hati buat penduduk kawasan berkenaan...gambar ni mama MV yang foward..angin kuat buat pokok tumbang dan menghempap rumah berdekatan..ada juga yang atap zink mereka tercabut...

hujan dari sabtu lepas ..hari ni masuk hari ketiga...dijangka akan beterusan sehingga khamis....semoga berhati-hati semua

Kad bank islam

Assalammualaikum...

Pemegang kad bank islam yang menukar kad bank mereka sebelum September 2016 walaupun kad itu ada pay wave dan my debit disarankan untuk menukar kad bank semula sebelum mengalami masalah tidak dapat mengeluarkan duit ...

Ini terjadi pada MV...yakin ...kan sudah ada pay wave dan my debit..bila dapat sms dari bank MV abaikan ....sekali baru-baru ni..mau kuarkan duit di bank nda dapat...rupa-rupanya kad sudah tak aktif...

Terpaksa ke bank islam berdekatan...bila ke bank pegawai bank bagitau...siapa yang buat sebelum september 2016 memang kena buat balik..sebab bank islam lambat buat untuk pertukaran kad bank haritu..

Dan yang bestnya kad bank islam yang baru ni cantik..sampai suami pun cakap...cantiknya kad bank sayang...macam 3d...hihi

Review: Titian Cinta-Ridhya Iman

Titian Cinta Titian Cinta by Ridhya Iman
My rating: 5 of 5 stars

Dendam yang akhirnya membuatkan ada yang terluka terseksa dan teranayai ...Kesilapan seorang ayah ..keegoan dan ketamakan seorang isteri menyebabkan orang lain yang menanggung derita...Cinta tak kenal siapa...

macam mana seorang isteri tetap menjaga aib suaminya walaupun dia diberi layanan teruk..berhadapan dengan suami yang panas baran dan kuat cemburu....watak aisy sangat sabar melayan watak Harris...

Sofea ...kawan yang sanggup mengkhianti kawan baik sendiri dengan alasan tidak mau aisy lebih dari dia..sanggup memporak perandakan rumah tangga kawan baik sendiri untuk kepentingan ..Rayyan...dendam yang akhirnya membuatkan dia kehilangan Aisy....

Kalau tgk drama memang sakit hati sebab konflik yang ada dan watak Puan sri Nora..tapi kalau baca novel rasa sakit hati tue hilang..sebab kalau novel konfliknya nda lah menyakitkan hati sangat

View all my reviews

Friday, October 13, 2017

Fattah Amin 1234U: Official Music Video


Assalammualaikum..

Lagu baru Fatah Amin bertajuk 1234u mencuit hati MV..sebab mendapat sentuhan daripada Aizat Amdan...

suka jer lagu ni...korang suka ker,,,walaupun ramai juga yg kutuk 


Thursday, October 12, 2017

Lagu A.E.I.O.U


Assalammualaikum,,


Syamimi nyanyi lagu baru semalam...

"aeiou  aeiou  aeiou..a ayam bunyi kok kok kok  e  panggil emak emak  i ikan berenang di dalam kolam o otak yang bijak u ular membelit"


Seronok syamimi menyanyi....sampai mama pun terjoin sekali 

Wednesday, October 11, 2017

43 Hari Menunggu Gaji

Assalammualaikum


11.10.2017 bersamaan Rabu merupakan gaji bulan oktober untuk penjawat awam persekutuan..Gaji ini diawalkan untuk persiapan mereka yang menyambut depavali pada 18.10.2017(rabu)

Maka start esok bermulalah 43 hari menunggu gaji yang seterusnya...so kena pandai guna duit...MV hari ni settlekan bayaran yang patut..macam yuran sekolah dan bayaran kereta...selepas tu baki duit simpan di bank...

Kena displin supaya tak boros...tempoh 43 hari akan dilalui dengan sederhana...kalau boros nanti duit minyak mau kerja pun tiada...jadi tutup mata dan telinga lah....dari tengok dan dengar mana2 sale yang terdekat terutamanya lazada..hahaha...

mari sama-sama mengharungi 43 hari yang akan mendatang ni....hahaha

Awak Suka Saya Tak?-Melur Jelita


Assalammualaikum....

Awak Suka Saya Tak?-Melur Jelita edisi terkini...MV belum pernah baca pun edisi lama...ni pun nampak kawan punya ig..tajuk nampak menarik lepas tue penulis dia Melur Jelita..namanya pun sudah buat kita tertarik...

Beliau merupakan Novelis Terbaik Anugerah Buku Negara 2016..sedikit sinopsis novel ni:-

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea – American – Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

” Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…” Hilman Yong

” Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja.” Damien Yong

” Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya.” Intan Zulaikha(sumber SINI)

dan juga telah diadaptasi sebagai drama lakonan emma maembong dan alvin chong...nampaknya ni akan masuk dalam list novel yang MV nak baca,,,,

Tuesday, October 10, 2017

Cabaran 3 Liter Sehari

Hari kedua cabaran 3 liter sehari 
Assalammualaikum....

Cabaran 3 Liter Sehari ....ini merupakan hari kedua MV.....cabaran dan misi mengurangkan berat badan yang terlebih naik ni....hihi....semoga MV berjaya menempuhi cabaran ini...hari pertama berjalan lancar..

semoga hari kedua ni pun berjalan lancar juga

Titian Cinta-Ridhya Iman-


Assalammualaikum....

Titian Cinta drama terhangat masa kini..ditayangkan di tv3 slot akasia..Mv pula sedang baca novelnya..merasakan ada kelainan sedikit berbanding drama..adakah kerana MV menonton drama terlebih dahulu kemudian membaca novel?

Sebab selalu MV baca dulu novelnya baru ada adaptasi...yang ni pula lain sikit...sebab malas nak follow depan tv..tau lah balik rumah lepas kerja kena masuk dapur..kena cuci kain....kadang dengar suara jer...dari dapur..so feel tu xda

MV pinjamlah novel dri kawan MV...tapi itulah..kekangan masa ..novel pun baru baca separuh....takpa nnt MV baca habis nnt mv review kat sini ya...


Monday, October 9, 2017

MYLARA Skincare Giveaway by KasihkuAmani

 Klik banner untuk jOin
Klik Banner untuk Join 
Assalammualaikum..

Giveaway ini akan berakhir pada 15 Oktober 2017.
Pengumuman pemenang pada 17 Oktober 2017.


MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun. MYLARA mengerti bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah!

MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinikal dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan.

Berkesan merawat
1. Kulit kusam
2. Kulit berminyak
3. Jerawat
4. Jeragat
5. Parut jerawat
6. Hiperpigmentasi

Kelebihan MYLARA
 
SELAMAT
Mylara diformulasi oleh YANG PAKAR tanpa bahan kimia bahaya dan telah mendapat kelulusan KKM dan dijamin halal

PROVEN
Mempunyai lebih daripada 99 testimoni terkumpul

MUDAH DIGUNAKAN
Hanya menggunakan 4 item asas penjagaan wajah. Tak sampai 5 minit dah boleh look amazing

KULIT WAJAH SEMAKIN SIHAT 
Kulit sentiasa terawat dan Mylara meminimumkan pertumbuhan jerawat/jeragat/parut.

TIADA KESAN SAMPINGAN
Menggunakan 98% bahan organic dan mempunyai 0.01% risiko menyebabkan alahan atau kesan sampingan di wajah.

4-in-1 Collagen Cleanser (60ml)
Pencuci wajah yang mempunyai 4 fungsi utama yang boleh menghapuskan kesan-kesan make-up, minyak dan kekotoran. Menghapuskan make up pada mata dengan lembut serta ekdfoliasi ringan untuk wajah yang lembut, licin dan cerah.

Cara Penggunaan : Cuci muka dua kali sehari dengan mengikuti dua langkah berikut:
- Pamkan 1-2 kali pencuci muka ke atas tangan yang basah , buihkan dan ratakan ke atas muka dan leher.
- Bilas dengan air suam secukupnya dan biarkan kering sebelum menggunakan Mylara Pore Refining Facial Toner.

Facial Toner (60ml) 
Pelembap wajah yang membantu prose semulajadi kulit iaitu membersih dan membaikpulih dengan mengecilkan pori-pori, menyeimbang kelembapan dan kandungan minyak, membuat kulit terlihat sihat, tegang dan berseri.

Cara Penggunaan : Selepas mencuci muka, di atas permukaan kering; 
- Basahkan kapas dengan toner secukupnya. Ratakan perlahan di muka dan leher dengan arah ke atas. - Untuk perlindungan optimum, gunakan Mylara Matte CC Cream atau Mylara Revitalizing Night Cream selepas toner.

Matte Miracle CC Cream SPF 30 (7g)

Krim multifungsi yang berkesan melindungi kulit wajah dari sinar matahari yang bahaya dengan SPF 30. Terbukti secara secara klinikal dapat meningkatkan tekstur kulit dan memberi kelembapan yang secukupnya dengan warna matte yang elegan. “CC’’ bermaksud color corrective, dan ia terdiri dari primer pencerah wajah, foundation ringan, pelembap, dengan bahan-bahan anti-penuaan dan pemangkin kolagen.

Cara penggunaan : Selepas penggunaan toner, sapukan CC Cream 15 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari. Adalah digalakkan untuk menambah sapuan selang 2 jam jika masih terdedah kepada sinaran matahari.

Revitalizing Night Cream(7g)

Krim malam yang berfungsi mencerah yang masuk jauh ke dalam lapisan wajah untuk menyubur dan melembap kulit sehingga 8 jam. Membantu menghapus noda dan mencerah seawal 14 hari pemakaian dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinis.

Cara Penggunaan : Sebelum tidur, selepas penggunaan pencuci muka dan toner

Kenapa MYLARA SKINCARE pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit dan ingin merawat kulit mereka? 

Ini kerana MYLARA SKINCARE memiliki doktor dan staff-staff yang mahir di bidang masing-masing. Dengan adanya kumpulan serba mahir ini, MYLARA SKINCARE memberi jaminan produk dan perkhidmatan yang bakal membuat anda selesa dan yakin menggunakan produk yang berasas sumber alam yang diiktiraf selamat.

MYLARA SKINCARE membawa aspirasi Awaken Your Best Skin khusus buat para remaja serta wanita dan lelaki untuk menampilkan sisi terbaik anda dengan bahan-bahan dari alam semula jadi. Kecantikan dan keyakinan berhak anda miliki. Keselesaan dan keselamatan pengguna adalah matlamat MYLARA SKINCARE.

MYLARA SKINCARE memiliki produk dan perkhidmatan yang berasaskan ekstrak tumbuhan dan buah berkualiti. Diformulasi dengan teknologi terkini di kilang yang diiktiraf GMP pasti bakal memberikan hasil yang optimum dan selamat untuk kulit para remaja, lelaki dan juga wanita.
Dekat mana boleh dapatkan MYLARA SKINCARE ni?
Boleh juga whatsapp terus ke 013-9200960
atau e-mail ke mylaraskincare@gmail.com

Guide dari Dr.Mai sendiri dan sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh tanya secara terus dekat beliau.. Terbaik perkhidmatan yang diberikan oleh MYLARA Skincare..

Al-hijrah – Raihan

Assalammualaikum

al-hijrah – raihan

ya man yujibu du’a muthorri fil dholami
wa ya kasyif al ddurri wal balwa ma’al siqomi
– al hijratu rehlatuha dina
hamal alislamalana dina
f-ssalamullahi ‘alalhadid
walkaunu yuraddidu amina
ketika rasullullah berhijrah
keluar dari kota mekkah
ditemani oleh saidina abu bakar
moga allah memberkatinya
(ulang -)
allah menjamin memeliharanya
saidina ali tebusan kepadanya
tanpa disedari musuhnya
selawat ke atas baginda
(ulang -)
setibanya baginda di madinah
berundurlah kekufuran yang nyata
kebenaran bersama mareka
dengan islam yang bercahaya
(ulang -)(credit to Here)

**lagu nasyid untuk persembahan kelas wani semasa sambutan maal hijrah jumaat ni di sekolah rendah)

Thursday, October 5, 2017

Goblin (Korean Drama)

Assalammualaikum,,


File:Goblin-p04.jpg
sumber google
In ancient times, Kim Shin (Gong Yoo) is an unbeatable general in wars, but the young King (Kim Min-Jae) is jealous of Kim Shin and kills him. Kim Shin becomes Dokkaebi (Goblin), possessing an immortal life. At first he thinks that he is blessed, but he realizes that he is cursed.

Closer to the present day, Kim Shin has waited 900 years for a human bride to end his immortal life. One night, he saves a dying pregnant woman (Park Hee-Von) who is destined to die. Meanwhile, the Grim Reaper (Lee Dong-Wook) is unable to find the dead pregnant woman. The woman gives birth to a baby girl named Ji Eun-Tak (later played by Kim Go-Eun). 9 years later, Ji Eun-Tak lives with her mother and is able to see ghosts. One night, her mother suddenly dies. On that night, she meets the Grim Reaper.

In the present day, Ji Eun-Tak is a high school student. She still sees ghosts and hears their whisper of “Dokkaebi’s bride.” She now lives with her aunt’s family, but she is mistreated by them. On her birthday, Ji Eun-Tak sits by the sea with a lighted birthday cake. At that time, Kim Shin suddenly appears in front of her. Kim Shin does not know why, but he can hear her voice and appears in front of her against his will. Coincidentally, Kim Shin lives with the Grim Reaper at the same house.

Now, Kim Shin appears in front of her against his will, whenever she turns off the lights. One day, Ji Eun-Tak tells him that he is Dokkaebi and she is his bride.(credit here)


**tertengok drama ni kat 8tv...best pula so masukkan dalam list untuk di follow

Wednesday, October 4, 2017

Raptai Pertama Perbarisan TYT Sabah 2017


Assalammualaikum

Permulaan hari ini dimulakan sesi raptai pertama Perbarisan TYT sabah 2017...seawal jam 5 lagi sudah terpacak di Padang merdeka Kk Sabah..dugaan apabila kena berdiri lama dan berpanas

Belajar mendisplinkan diri dan bersabar dengan arahan daripada tentera..pada masa yang sama terhibur dengan persembahan dan kagum dengan tentera yang berkawad penuh keyakinan ..

Ini adalah acara tahunan perbarisan ini adalah sempena samputan hari lahir Tyt Sabah yang ke 64...acara sebenar adalah pada sabtu 07.10.17...esok ada lagi raptai kedua ....so sama-sama kita bertabah haha

Tuesday, October 3, 2017

The Lovers Lies

Assalammualaikum...



When Tong Si Jie becomes an orphan at an early age, she struggles and has to work different jobs to take care of her siblings. Then she meets the rich Yi Yi – a love that seems to be written in the stars. Just when Si Jie and Yi Yi decide they want to stay together forever, Yi Yi’s dominant mother interferes in their relationship, spreading lies that drift the two lovers apart.

tengah layan drama cina The Lovers Liar si ji anak yatim piatu...yang membesarkan adik-adiknya...dan mencari adiknya yang hilang ..adiknya pula hidup membesar menjadi anak angkat orang kaya

Bila jumpa si adik..adik pula menjadi musuh cinta si kakak...best cerita ni....

Monday, October 2, 2017

Review: Love You Forever-Nia Reiya

Love You Forever Love You Forever by Nia Reiya
My rating: 5 of 5 stars


Farah Alwani ..gadis malang yang dibenci ibu kandungnya sendiri.Demi meraih kasih seorang ibu dia setuju berkahwin dengan abang sepupunya sendiri Qaliff Fakhrul..Namun bukan bahagia yang menanti....

Derita yang menunggu....perkahwinan tanpa rasa cinta dari suami membuatkan Farah sakit..sakit kerana mencintai suami yang tidak mencintainya..ditambah lagi kebencian ibunya yang tak pernah sudah...

Bila bibit-bibit cinta mula mekar, wan amalina datang menabur fitnah....bukan sekali tapi dua kali...dihalau dan dihina hanya kerana kekasih suami sendiri...PAling menyakitkan apabila anak yang di kandung menjadi mangsa kekejaman amalina...

Suami yang dicintai berulang kali menabur janji dan berulang kali jua memungkiri janji....

**pertama kali baca tulisan bukan dari penulis berbangsa melayu..namun jalan ceritanya sangat padu...sehingga boleh habis dalam beberapa jam jer baca novel ni

View all my reviews

Review: 'Dia' My Love-Zan zarida

'Dia' My Love 'Dia' My Love by Zan Zarida
My rating: 5 of 5 stars


Dia bukan sekadar kata ganti nama diri bagi seseorang tapi "dia" adalah satu panggilan yang istimewa ..

Rus Ashiya...nama secantik orangnya...bertunang dengan orang lain ...berkahwin dengan orang lain...tambahan pula suaminya bukan calang2 orang.mat salih yang fasih berbahasa melayu...Amy kawan sepejabat,rakan serumah sebenarnya mencintai suami rus??

Rus, Amy dan Nurul...bukan hanya kawan,kawan pejabat,kawan serumah tapi sebenarnya lebh daripada itu...bukan hanya rus tetapi juga suaminya...APa hubungan mereka?

Korang kena baca novel ni...hihi

View all my reviews