Followers

Showing posts with label slot samarinda. Show all posts
Showing posts with label slot samarinda. Show all posts

Saturday, November 22, 2014

Zahira Slot Drama baru Samarinda

Assalammualaikum...
pinjam google -
Hari Khamis lepas ada drama baru mengantikan drama 7 suami di slot samarinda...drama bertajuk Zahira...lakonan mantap adi putra dan zara zya....

Sedikit sinopsis drama ni 

Mengisahkan Zahira, seorang gadis yag melalui kehidupan yang sukar. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa ditempuhinya. Dari segi percintaan Zahira tidak pernah mengecap bahagia. Cintanya sentiasa putus di tengah jalan.

Walaupun hatinya dirobek setelah gagal dalam percintaan, namun Zahira cekalkan hati untuk meneruskan hidup. Zahira tekad ingin membantu ibu angkatnya untuk melunaskan hutang. Mereka sekeluarga hidup dalam serba kekurangan dan kerana itu ibu angkatnya sering meminjam wang.


Zahira juga terpaksa mengorbankan cita-citanya untuk mendapatkan segulung ijazah. Pelbagai kerja yang dilakukan Zahira untuk melunaskan hutang ibu angkatnya. Dalam pada itu dia bertemu dengan seorang jejaka bernama Iqbal. Adakah ada bibit-bibit cinta di antara mereka?(sumber SINI)

Kalau ikut episod pertama mmg geram dengan pakwe si zahira..sufiyan...curi idea zahira untuk dapat keja...tak suka geram tgk lelaki penipun mcm tue../hihi emosi pula