All About Love

Monday, April 1, 2013

Episod Akhir Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

12:00 PM
Episod Akhir Rindu Bertamu Di Abu Dhabi
Assalammualaikum..

Rindu Bertamu Di Abu Dhabi..Malam ini merupakan episode akhir  bagi drama yang penuh konflik kekeluargaan,,penuh dendam ,,penuh dengan hasad dengki...mengangkat kehidupan masyarakat kita.

Selepas kematian Ain,Firdaus hilang arah kerana dia terpaksa berasingan dengan anaknya kerana dia dengan mira sudah tidak muhrim..Fatin tidak dapat menunaikan permintaan ain supaya menjaga anak & firdaus kerana dia sudah berjanji untuk member peluang pada Adam,,

Episod pada khamis lepas diakhiri dengan keputusan Firdaus yang akan mengajak mira bernikah untuk menyelesaikan semua masalah yang sama,,Adakah mira akan menerima keputusan itu??sedangkan di dalam hatinya sudah ada Farish..Redha kah farish atas ketentuan ini??

Adakah Faiz akan berubah & insaf??Mampukah fatin menyelamatkan syarikat haji Ilham daripada terlepas ke tangan Fifie(tunang Faiz)..Adakah Haji Ilham akan memaafkan Firdaus???Terbongkarkah segala muslihat FAiz??

Tak sabar mau tengok kesudahannya Hari ni jam 7.00 malam...Drama penuh konflik..agak slow sikit ceritanya tapi penuh mesej yang mendalam...Sama2 kita tgk apa kesudahannya drama ni..

Read More

Bintang Mencari Bintang(BMB) Kumpulan B-Battle 1-Juara Titan-

10:21 AM
Bintang Mencari Bintang(BMB) Kumpulan B-Battle 1-Juara Titan-
Assalammualaikum...

Semalam persaingan Bintang Mencari Bintang(BMB) Kumpulan B-Battle 1 yang menyaksikan 6 lagi kumpulan bersaing untuk menjadi juara Battle 1 Iaitu:

  1. AJO
  2. GEGAU
  3. TITAN
  4. BOCIK
  5. XOXO
  6. AWOK
SO MV komen sikit persembahan semua peserta..Pergh macam juri oh..MV ni juri awam bukan,juri tetap pun bukan..MV ni juri suka-suka jer...Jom baca komen MV untuk 6 peserta BMB semalam:
  1. Gegau- lawak berkisarkan hantu..bagi MV lawak mereka kurang menjadi..terutamanya abg yang agak comel tue....mcm teragak2..hahaha..amboi pandai jer bagi komen yea MV ni
  2. AJO-Terbaek...masa ni mmg MV gelak...terutamanya bila dia bahan SIfunya sendiri FBI,bukan takat sifu dia..sifu2 yang lain pun kena...juri pun tak lepas..hehehe...lawak mengenai cara org Malaysia bergambar mmg menjadi..terutamanya yang duck Face..agagaga...Paling best bila AJO cuba tiru parody shea Macam Kat Sini..memang menjadi..
  3. Bocik-Memang terbeak...lawak mereka bersahaja...hehe..paling suka baby yang sihat tue..hehe...pak guard tue pun menjadi..lawak mengunakan anggota badan..kali ni Johan tak kena bambu..hehehe..paling suka nyanyian dorang.
  4. XOXO- KE laut..teruk betul lah..lain yang diajar lain yang dia buat(kata SIFu Harun salim bachik)..teragak2 nak bercakap...langusng tak mendatangkan ketawa..mungkin sebab muka jambu sangat kot(**pak badul yang cakap)
  5. Awok- oklah...cuma suara kena jaga..macam menjerit2 hehe..ini bukan diskriminasi tapi pada pendapat MV dorang mcm terjerit2...nyanyian bolehlah..siap bawak penari gitu..terpaku pak badul sketika..hahaha
  6. Titan-Paling best antara yang terbest..Hanya menggunakan kerusi sudah mampu membuatkan MV tergelak..dgn mengunakan bahasa kelantan..hehe..memang menjadi..walaupun guna ayat berulang tapi kita tak bosan..nyanyian mmg terbaek..siap ada gaya...
Dan keputusan Untuk Kumpulan B semalam adalah seperti di bawah;(Mcm ayat budak sekolah dah)

  • Titan-67 markah
  • Bocik -65 markah
  • AJo - 63 markah
  • Awok -47 markah
  • Gegau - 3+ markah
  • XOXO- 28 Markah
Markah yang paling MV ingat Titan & xoxo..yan lain MV lupa2 ingat..so kalau salah sila betulkan ok...Tahniah Titan...Tapi Markah Achey Masih lagi yang paling mantop....
Read More

Kontroversi Baru Presiden PBNJ

8:51 AM
Kontroversi Baru Presiden PBNJ
Assalammualaikum...

Ada sesiapa yang baca Entry INI..MV ada confus orang bilang tentang ini:

Dan ada satu yang menjadi tanda tanya apabila Presiden PBNJ yang digantung 6 bulan boleh duduk bench pemain simpanan??bukan tak boleh ker??mohon siapa yang tau pasal ini bagi pencerahan kat MV...

Kekeliruan MV di jawab oleh peminat setia Johor DT iaitu kak CIM..JOm tengok apa yang dia komen :

woootttt wooootttt....ehem2!! smlm TMJ kami guna tiket Tengku Mahkota bukan spt selalu baginda sbg Presiden PBNJ. klau game di negeri lain....ya baginda tkkn hadir utk menghormati FAM yg tk FahAM bahasa sindiran tu... semoga pencerahan ini tdk disalah tafsir. kami syg TMJ kami sbb baginda sorg ank raja yg berhati rakyat, begitu jg Tengku Jalil adinda baginda

Berdasarkan komen kak CIM Tunku ISmail datang atas tiket Tengku Mahkota Johor(TMJ) dan bukannya presiden PBNJ...Tq kak CIM...pertanyaan ni bukan untuk mencari salah tapi hanya tertanya2 jer...

Dan hari ni isu tersebut menjadi tajuk utama di BErita Harian bahagian Sukan..Baca SINI...So apa-apa keputusan biarlah FAM yang jawab..MV ni sekadar pemerhati jak..kalau mau bersuara pun nda kena pakai..sebab AKu bukan siapa-siapa...

Read More

Jodoh

6:30 AM
Jodoh
Assalammualaikum..

Ada sesiapa yang layan drama JODOH di astro Ria?setiap isnin jam 9.00 malam??MV pun x layan..Sebab MV mana ada langgan astro,,Tapi MV dah jatuh cinta dengan drama ni,,Kenapa???

Drama yang membariskan Scha AL Yahya Dan Dazrin sebagai pelakon utama membuatkan MV jatuh cinta lagi..Hatuh cinta kat hubby sendiri..Kenapa???Sebab Azlan(Dazrin)..Dia terpaksa memasuki program jodoh untuk mencari suri di hatinya..

So apa kaitan dengan MV pula..hahaha..xda kaitan sebenarnya..Cuma MV ni kalau namanya drama bab2 cinta ni memang...terus teringat kisah cinta waktu muda dulu(**aik skg tua sudah kah??)hahaha..

MV sebenarnya tengok drama ni masa balik Ranau..so kan astro ni selalu tayang drama secara marathon..so bila tengok ni terus tersuka,,,yang tak tahan tue..MY Hubby pun suka tengok..bukan takat dia jer..

Tapi My MIL pun terus suka tengok..lakonan Scha sebagai olly memikat hati MV..malam ni olly akan disingkirkan sebab katya dengan Hannah sabotaj olly dengan seorang lagi peserta..alah tak bestnya..takkan lah si Azlan betul2 pilih katya..(emosi pula)
Kamu ada yang layan kah drama ni??kalau ada tolong tengok bagi pihak MV untuk episode malam ni..sebab MV kat rumah KK dah ni..takde astro..hehehe

Read More