All About Love

Tuesday, October 7, 2014

Mafarikha Tolong [ Lirik ] [ OST Maaf Jika Aku Tak Sempurna ]

9:24 AM
Mafarikha Tolong [ Lirik ] [ OST Maaf Jika Aku Tak Sempurna ]

Assalammualaikum....



Layan lagu ni....alhamdulillah sudah 3 hari bumi Sabah dibasahi air hujan..sejuknya tak terhingga..sehinggakan pagi tadi bawa kereta pun tak nampak jalan....

Syukur atas nikmatnya....tempat korang hujan tak..
Read More

Thursday, October 2, 2014

Harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter !!

9:36 AM
Harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter !!
Assalammualaikum....

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 tengah malam, 2 Oktober 2014.

Dengan ini harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter.

KPDNKK dalam kenyataannya hari ini menyatakan, walaupun kadar subsidi dikurangkan, kerajaan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion untuk subsidi petrol RON95, diesel dan LPG bagi 2014.

Langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.

Kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan oleh golongan tidak bertanggungjawab.

KPDNKK berkata, pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal, dengan bukan warganegara Malaysia, termasuk pelancong asing, turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan.

Langkah ini juga dapat menghasilkan penjimatan yang setimpal dan boleh digunakan untuk pembangunan pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan awam yang lebih meluas dan cekap serta meningkatkan keselamatan negara.

Kata KPDNKK kerajaan sedar bahawa langkah rasionalisasi subsidi ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat.

Oleh itu, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.


Antara langkah yang akan diambil kerajaan ialah menaikkan kadar pemberian BR1M yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 kelak. - BERNAMA(Sumber dari Berita Harian)


Terima kasih atas kenaikan ni....positif jer...apa buli buat kan...huhu



Read More

Peneman Mama

7:30 AM
Peneman Mama
Assalammualaikum..
tidur hihi
zoom sikit...nampak tak si comel syamimi
Ini cerita minggu lepas....syamimi teman mama ke ofis 2 hari berturut2...cerita hanya kerana tak cukup susu..hahaha....syamimi kehabisan susu perahan...so bila taska call MV nak pergi hantar,,,

Dijadikan cerita si manja mama yg pintar ni ternampak kelibat mama terus senyum cakap..a mama .....masa tu nak hantar susu jer tapi dia dah teriak aka nangis..so mau tak mau ken abawa juga ke library...

kebetulan MV seorg sebab mmbr ofis ada perbarisan....jadi mmg kena jaga kaunter...syukurlah juga sepanjang dia ikut 2 hari tue dia x meragam...dia just tidur jer...nilah ni syamimi sekejap nda mau susu perahan dalam botol....satu kali dtg mood dia nah ambik setengah hari sdh habis..hihi...

Skg Mv berusaha mengepam susu untuk syamimi...doakan syamimi full BF sampai 1 tahun ya....


Read More

Wednesday, October 1, 2014

Wordless Wednesday#daging,sosej & lobak grill#

3:48 PM
Wordless Wednesday#daging,sosej & lobak grill#
Assalammualaikum...

menu dinner sabtu lepas sebab hubby outstation MV takleh nak masak bnyk sebab syamimi nak dukung jer..
**grill with majerin,perap daging dengan sos cili n kunyit,,hihi
Read More

TOlong Lagi Boleh??

11:38 AM
TOlong Lagi Boleh??
Assalammualaikum

Terima kasih Mv ucapkan pada siapa2 yg tolong MV like picture di entry INI,,,uollss mmg sporting..terbaek..hihi...tapi amat mengecewakan bila cntest tue dibatalkan dek kerana ada yang guna autolike...sakit pula hati kitew tau...

So penganjur buat contest baru..dengan cara yang sama tapi kali ni..just share gambar dan kumpul komen yang paling banyak...so hari ni MV nak minta bantuan kawan2 tolong komen gambar yang MV share...

Komen jer apa2...link blog pun MV terima...senang nak baca kamu punya link....komen merapu pun takpe....kalau ada yang sudi tolong just drop komen kat sini...komen lah berapa2 pun tak kisah just komen...boleh kan..

MV ucapkan terima kasih atas bantuan kamu semua...
Read More