All About Love

Saturday, December 3, 2016

Earning 8share .

7:00 AM
Earning 8share .
earning pada 29.10.2016

Assalammualaikum..

berkongsi sedikit mengenai 8share MV...alhamdulillah bertambah lagi ,,,,dah seratus yeah...boleh dah cashout ... walaupun orang cakap benda ni lama mau kumpul tapi sekurang2nya berbaloi lah...

dengan share iklan sahaja dapat duit....x susah pun kan...rasanya macam nak cashout then beli benda yang boleh diingat,,,,
earning pada 02.12.2016
kalau rajin ..kadang sehari dapat lah rm 2- 3 ringgit ..ok lah sapa yang nak bagi kan..lagipun cukup rm50 dah boleh cashout... 

Sapa yang tak cuba lagi...boleh lah cuba yea.. jom daftar kat sini

Read More

Friday, December 2, 2016

Jamuan akhir tahun taska permata kemas KPKPS

4:24 PM
Jamuan akhir tahun taska permata kemas KPKPS
Asslaammualaikum..


sambutan hari lahir nov-dec 2016
Jamuan akhir tahun taska permata tempat syamimi sekolah...buat pada 29.11.2016...konsep pot luck...atas permintaan syamimi...MV bawa ayam goreng dan bihun goreng pada hari tersebut....

MV cuti masa tue sebab memang plan mau rehat ..so spent time dengan mimi pula di hari jamuan sekolah dia...meriah walaupun x ramai ibubapa yang hadir...siap ada cabutan bertuah..

dan tak sangka MV antara yang bertuah..so balik dengan hamper..suka mimi..mimi dapat hadiah set mandian anakku ,berus gigi dan colgate kodomo lion,dan sikit makanan....mimi join sambutan birthday untuk bulan 11/12..

walaupun birthdaynya 21.12.2016 ni...
mimie ambik hadiah .....
semangat punya pasal kan..cuti2 pun sanggup dia bangun awal untuk pergi jamuan ni...siap excited kawan2 dia bila nampak mimi sampai..sebab kami datang lewat sikit,..nasib baiklah acara belum mula lagi 

dapat cabutan bertuah ....
Tahun depan syamimi masih lagi sekolah di sini..semoga adik terus belajar dan menjadi anak yang pintar ....amin
selfie berdua...
Read More

Thursday, December 1, 2016

Isteri Tuan Ihsan

5:24 PM
Isteri Tuan Ihsan
Assalammualaikum...
Image result for isteri tuan ihsan
pinjam google
Drama adaptasi novel Awak sangat nakal episod akhir malam ni.. Dan promo drama yang menggantikan pun dah start ada ... Isteri Tuan Ihsan..lakonan Aaron Aziz dan Amyra Rosli...tertarik dengan watak yang Amyra bawa...Membuatkan MV dalam misi menari novel Isteri Tuan Ihsan..hihi
Image result for isteri tuan ihsan
pinjam google
Cinta tak kenal siapa... Kalau cinta itu kenal siapa mangsanya, tidak mungkin diva sengal ini jatuh cinta dengan si pakcik tua!

Seroja Irdina, si gadis peminat K Pop. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti. Malam... dialah diva berkasut tumit tinggi 6 inci. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza...

“Sentuh sikit pun nak marah... atau, you takut tergoda?” – Seroja Irdina
“Excuse me? You called that godaan? Don’t flatter yourself missy!” – Tuan Ihsan

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?

“You ingat I tak berani nak lawan cakap you, eh? Oh! You silap besar!” – Seroja Irdina
“We’ll see. You lawanlah cakap I. Kita tengok apa akan jadi. Mungkin you benar–benar nak tahu apa yang I boleh buat, kan?” – Tuan Ihsan

Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

“Seroja, dengar sini. You lebih dari semua itu. You’re very special and dear to me, but...” – Tuan Ihsan
“Tapi? Tapi, apa? Jujur dengan I... You sayang I, tak? You cinta I, tak? You nak kahwin dengan I, tak?” - Seroja Irdina

Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?(sinopsis versi Novel sumber dari sini  )


Macam best kan...nak follow drama tak mampu rasanya...kita cari novel lah kan...
Read More

9 tahun ...

9:00 AM
9 tahun ...
Assalammualaikum..

   


Happy birthday to you kakak...

9 tahun sudah....besar sudah anak mama ... tahun depan darjah 4 sudah.... nanti ahad kita celebrate ya kakak..sebab kakak sekarang di ranau...ahad baru balik kk...

jangan nakal2...rajin2 belajar dan dengar cakap mama babah..jadilah kakak yang terbaek buat adik2 dan jadilah adik yang terbaek buat abang haikal....

sayang kakak ....
Read More