All About Love

Friday, March 24, 2017

Ole ole from Langkawi

3:33 PM
Ole ole from Langkawi
Terima kasih Bos Fadzli dan CC Rayner
Assalammualaikum...

Ole-ole from langkawi....terima kasih Bos Fadzli dan cc Rayner untuk coklat dan minyak gamat ni..ingat juga dorang dekat anak buah yang terdampar di library keseorangan..oh ya mereka ni pergi  ke Langkawi....

Ada jemputan menghadiri Lima 2017...dorang naik pesawat Charlie C-130 dari Kota Kinabalu pada jam 3.00 pagi khamis dan balik malamnya...free ok...just keluar duit nak beli coklat ..bestkan....

cuma ada penat sikit dorang bilang dan sakit badan sebab kapal yang dinaik tue bukan mcm kapal terbang yang selalu kita naik..hihi...

Alhamdulillah walaupun tak merasa nak pergi Lima...tapi ole2 tetap ada..semoga dimurahkan rezeki yang my Bos berdua.Amin
Read More

Penulis Novel Zura Rahman Tinggalkan Komen

11:30 AM
Penulis Novel Zura Rahman Tinggalkan Komen
terima kasih sudi tinggalkan jejak di blog MV..

Assalammualaikum.....

Sebelum ni penulis Novel PA Lelaki Kerek tinggalkan komen ..boleh baca Di sini..sekali lagi penulis novel tinggalkan jejak di blog MV..terharunya MV....


Review Novel Jangan Goda Aku-Zura Rahman yang MV pernah tulis tahun lepas...dan bulan ni tiba-tiba penulis Zura Rahman tinggalkan jejak di blog MV....rasa dihargai pula..walaupun review MV tak lah menarik mana...

Terima kasih buat penulis novel jangan goda aku iaitu Zura Rahman kerana sudi tinggalkan jejak di blog MV..semoga terus berjaya dalam bidang penulisan.AMin



Read More

Duda terlajak laris-Aifa Batrisya-

7:30 AM
Duda terlajak laris-Aifa Batrisya-
Assalammualaikum
Image may contain: 1 person, closeup

Orang tua-tua selalu pesan jangan dok benci orang sangat nanti bertukar sayang..

Duda terlajak laris,zafran aldrin(zack) terpajsa berkahwin di usia 18 tahun dek perangkap si gadis kampung bernama pehah.

Ketidakpuasaan zack atas perkahwinan itu membuatkan dia lari mengikut kakaknya selama 2 tahun.

Kepulangannya ke malaysia selepas 2 tahun apabila tok ayahnya meninggal.pada masa ini lah zack ceraikan pehah.

Selepas perceraian zack seperti terkena sumpahan pehah..apabila 2 3 kali juga dia putus tunang...idayu pilihan kakak zack untuk menjadi isterinya...

Pada masa yg sama muncul Anis Nabihah yang seakan pehah...zack hilang arah selepas kematian idayu..

Saat itu Anis menjadi teman setia di sisinya..suatu hari zack bertemu Dr.Inas Fasihah...hati zack terpikat dgnnya...dan tanpa didugaan dia adik kpd anis..

Saat zack mula menerima Anis,satu rahsia terbongkar.Siapa Inas sebenarnya. Bila duda bertemu jandanya semula..Bagai terkena sumpahan Zack teringat kembali kata2 akhir antara dia dan pehah selepas bercerai

"Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi,suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya.Itu Doa saya!'-Pehah

"Pehah,Pehah..Dunia ini bulat tau tak?Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing-pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara AIshah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiiii..."-Zack.

Masing2 ego..apabila zack memilih anis sebagai bakal isterinya,manakala inas memilih bob....

Maka bermula episod pergolakan hati zack..memilih anis namun hati mencintai inas....
Namun akhirnya,setelah 10 tahun duda dan janda bertemu jodoh semula.Kali ini dua2 punya rasa hati yang sama.

*setiap orang berhak diberi peluang kedua. Semua orang pernah melakukan kesalahan jadi kita kena belajar memaafkan dan memberi peluang.
Read More