Review Novel : SANCTUARIA by Shaz Johar - All About Love

Friday, January 12, 2018

Review Novel : SANCTUARIA by Shaz Johar

SANCTUARIA SANCTUARIA by Shaz Johar
My rating: 4 of 5 stars

Assalammualaikum


Sanctuaria mengisahkan satu tempat yang diwujudkan untuk orang-orang yang ingin bebas daripada anutan agama mereka atau paling tepat tempat yang mengamalkan ajaran sesat.Siapa yang masuk ke sana tidak akan dapat keluar semula dalam keadaaan selamat.

Tempat yang menyimpan pelbagai tanda tanya..kenapa pihak berkuasa seolah2 menutup mata dengan kewujudan tempat seperti ini.Semua penghuni di situ mempunyai kisah silam mereka yang tersendiri.

Yang Arif ketua Sanctuaria mempunyai kisah zaman kecilnya,yusri seorang anak muda yang lari dari kampung kerana mempunyai hubungan dengan isteri orang.Tia seorang wanita buta yang berkahwin dengan orang kuat Yang Arif iaitu O kerana O berjanji akan memulihkan penglihatan Tia namun sebaliknya dia menjadi buta dan terkurung di sana.

Sumalee ,kunci kenapa Sanctuaria tidak diserbu pihak berkuasa.Sumalee isteri Yang Arif seorang warga Thailand yang dikhabarkan telah mati dibunuh kerana mempunyai hubungan sulit dengan kerabat di raja..

Tia,orang yang menghancurkan kehidupan Yang Arif...siapa sangka dia membuatkan sanctuaria musnah.Yang Arif pula membuat keputusan yang mengemparkan negara.Yusri dan Tia berkahwin namun siapa yang datang membawa cendawan merah??

(adakah novel ni bersambung...),,MV baca guna app pnm e-reader



View all my reviews

2 comments: