Review Novel : Tiada Arah Jodoh Kita- Ezza Mysara - All About Love

Monday, April 9, 2018

Review Novel : Tiada Arah Jodoh Kita- Ezza Mysara

Tiada Arah Jodoh Kita Tiada Arah Jodoh Kita by Ezza Mysara
My rating: 5 of 5 stars

Afia Alwiya...apabila kesetiaan dibalas dengan lamaran...itu pastinya membahagiakan.Namun kekasih hati Fayyad Syakir melamar Afia untuk kawan baiknya Megat Wakeel ..bagi Afia itu sesuatu yang sangat menyakitkan hati..

Rasa sakit hati itu membuatkan dia membenci Megat Wakeel ...namun setelah mengenali Wakeel dia bukanlah seteruk yang disangka...dia melihat lelaki itu dari sesi yang berbeza..suka bersedekah dan suka menolong orang yang dia tak kenal..

Dan apabila mengetahui yang Wakeel berkahwin dengannya hanya kerana menutup penyakit daripada pengetahuan ibunya..Namun sebaliknya yang terjadi..perkahwinan ini mematahkan hati Megat Aathif abang wakeel yang mencintai Afia,,,

Perkahwinan tanpa rasa cinta itu amat membahagiakan Afian dan wakeel...siapa sangka perhubungan mereka berjalan lancar.Namun jodoh mereka singkat..apabila wakeel pergi meninggalkan afia buat selama-lamanya...

Kehilangan wakeel menjadikan Afia nampak kuat namun sebaliknya..Aathif menyatakan hasrat untuk menjadikan afia sebagai isteri...demi untuk menjaga Afia yang sakit bukan gila tapi halusinasi...

Bukan kerana simpati tapi kerana cinta yang tak kesampaian sebelum ni harus diluahkan...bak kata Afia....wakeel adalah penghubung cinta antara aathif dan afia...dalam cerita ni..sokongan keluarga penting dalam membantu ahli keluarga kita yang sakit....

Gelaran Janda tu bukannya hina sangat...apatah lagi menjadi jadi dalam usia muda....sehingga menjadi buah mulut orang....




View all my reviews

(**MV tak follow drama ....sebab nampak jauh beza drama dan novel...mood baca novel sekarang terbantut...slow2 kayuh bukuyang ada dalam list)

1 comment: