All About Love

Wednesday, April 25, 2018

Program Jom Baca Bersama 10 Minit

4:16 PM
Program Jom Baca Bersama 10 Minit
Image may contain: 2 people, people sitting, table and indoor

Assalammualaikum...

24.04.2018 merupakan hari JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT ..Ianya adalah program daripada Perpustakaan Negara Malaysia yang dilaksanakan oleh perpustakaan, sekolah dan jabatan  seluruh Malaysia..

Perpustakaan MV berkesempatan untuk mengambil bahagian dengan kerjasama dengan TABIKA KEMAS...

Image may contain: text

Program ini lebih pada pendedahan budaya membaca kepada kanak-kanak..Tahniah buat pelajar bernama Ayra kerana sudah lancar membaca di usia 6 tahun ...semoga lebih ramai rakan-rakan ayra yang akan pandai  membaca seperti ayra


Image may contain: 11 people

Dengan bantuan guru-guru...Ayra membaca sebuah buku dihadapan rakan-rakan yang lain..Tahniah sekali lagi ayra..selepas habis bacaan ...program ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti mewarna ....

Image may contain: 9 people, people sitting

Semoga apa yang kita laksanakan hari ini menjadi satu titik permulaan yang baik buat generasi akan datang..


Image may contain: 16 people, including Mohamad Fadzli, people smiling
Read More

Tuesday, April 24, 2018

Terdelete Komen

3:28 PM
Terdelete Komen
Assalammualaikum....

Terdelete Komen...huhu...inilah tangan klik lain mata tempat lain..harunya....huhu..nasib baik lah tak terdelete entry kalau entry lagi lah haru...huhu sudah lah blog ni dah kategori bersawang sebab dah lama tak berupdate...tup tup bila mau update...itu yang terjadi..huhu

bertabahlah....
Read More

Monday, April 16, 2018

Pembedahan Gigi

2:16 PM
Pembedahan Gigi
Assalammualaikum...


Sabtu 14.04.2018 syamimi ada satu pembedahan gigi di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas. Kalay ikutkan tarikh pembedahan yang diberi adalah 18.Mei.2018 kebetulan khamis tu nurse dari bahagian pakar klinik gigi call tanya sabtu ni ada kosong nak offer untuk syamimi 

Bila MV fikir yang syamimi pun sihat MV setuju sebab buat waktu sabtu tak perlu lah MV cuti ...tambahan pula MV bekerja so dah jimat cuti MV...lagipun 18.5.18 dah puasa.so bincang dengan suami pun setuju....
muka sebelum masuk dewan bedah
Syamimi kena puasa start jam 2 pagi...seawal jam 5.00 pagi MV dah bangunkan anak-anak..sebab sebelum jam 7.00 pagi syamimi kena check in kat Wad ...jam 6.35 pagi kami dah masuk kat wad...tunggu doktor datang untuk check...

macam biasa nama syamimi mesti jadi isu...Ble pula nurse tu marah..sebab dia sebut wazniya ...terus MV blur...mv cakap lah nama anak Waznah Syamimi..ble pulak dia ngomel "wazniya tu dekat2 sudah bunyi mustahil nda faham"..kecewa dengan layanan staff nurse ni...masa tolak katil dari dewan bedah pun mengomel cakap berat...

tapi yang bestnya layanan doktor di dewan bedah..doktor bius..doktor gigi memang tip top...doktor bius pun tanya..nama anak maznah ke waznah..MV cakap lah bukan maznah tapi waznah..terus doktor tue tanya..apa maksud waznah ni..mv bagi tau pencari keadilan terus doktor tue cakap uniknya nama adik ni....lepas tu ada doktor yg tersuka tengok lesung pipitnya...


Image may contain: 4 people, including Safi Suzyaney Shafie, people smiling, child, baby, selfie and closeup

Syamimi buat 4 cabutan dan selebihnya 4 tampalan...bius pula pki gas jer...alhamdulillah selesai pembedahan dalam tempoh 30 jam saja sebab tak banyak gigi yang dicabut...cuma mau keluar dari dewan bedah tu kena tunggu syamimi sedar dari tidur...

bila sudah di wad..memang rezeki syamimi agaknya hari itu..kebetulan ada pelawat yang datang bagi sedikit barang kepada kanak-kanak yang berada dalam wad..set buku warna,kertas lukisan,warna dan alat tulis..terus dia happy..best kan mama dapat hadiah katanya...

Image may contain: 1 person

DOktor cakap syamimi takda jahit kat gusi sebab dia x banyak cabutan..lagipun gigi dia kecik jak...cuma yg sebelah katil syamimi..cabut 10 batang gigi..atas bawah...gusi pun kena jahit..yang tue mungkin rasa sakit sikit kot...

Macam syamimi yang dicabut semua gigi atas...dia pun nda mengadu sakit...terima kasih MV ucapkan kepada kakitangan Hospital Wanita dan Kanak -kanak Likas sepanjang kami berada dalam Wad...




Read More

Wednesday, April 11, 2018

Zen Optical Outlet Sdn Bhd

11:06 AM
Zen Optical Outlet Sdn Bhd
Assalammualaikum

Image may contain: sunglasses


Alkisahnya...Cermin mata wani patah dipijak orang dewasa masa sembahyang di masjid...sudahlah tue lepas pijak terus jalan..tanpa rasa bersalah sekurang-kurangnya cakaplah sesuatu...sorry kah apa kah..dia main jalan jak

so MV pergi kedai Zen Optical Outlet Sdn Bhd Di 1Borneo Hypermall untuk buat cermin mata baru untuk wani...dia minta yang pink macam haritu ..tapi yang ada cuma pink purple ni...RM63  bingkai dan kanta...

MV tambah RM20 untuk kalis calar..taulah wani ni ..sembarang jak .....budak kan...kita cakap bukan dia mau faham..so cermin mata baru ni harga RM83.00 berharap bertahan sampai hujung tahun .Amin
Read More

Monday, April 9, 2018

Hui Barang Kemas Kedua

3:47 PM
Hui Barang Kemas Kedua
Barang kemas hui kedua
Assalammualaikum

Alhamdulillah...hui barang kemas kedua MV...kali ni MV ambik Rantai tangan.Jumlah Hui RM60 x 6 bulan...MV tambah sikit untuk ambil rantai tangan corak sauh ni...tak besar takpa janji ada..sikit2 lama-lama jadi bukit

Lepas ni ada satu team hui lagi yang MV tunggu barang kemasnya..yang team ni MV join RM60 x 11 bulan...untuk nilai hui kali ni ..MV beli untuk anak-anak dara MV pula...kebetulan turn MV kena pada bulan Mei...

Tak pa kalau kecil pun kan..janji ada....dari duit x nampak habis ke mana..beli barang kemas ni kira pelaburan juga,,,,
Read More

Review Novel : Tiada Arah Jodoh Kita- Ezza Mysara

12:28 PM
Review Novel : Tiada Arah Jodoh Kita- Ezza Mysara
Tiada Arah Jodoh Kita Tiada Arah Jodoh Kita by Ezza Mysara
My rating: 5 of 5 stars

Afia Alwiya...apabila kesetiaan dibalas dengan lamaran...itu pastinya membahagiakan.Namun kekasih hati Fayyad Syakir melamar Afia untuk kawan baiknya Megat Wakeel ..bagi Afia itu sesuatu yang sangat menyakitkan hati..

Rasa sakit hati itu membuatkan dia membenci Megat Wakeel ...namun setelah mengenali Wakeel dia bukanlah seteruk yang disangka...dia melihat lelaki itu dari sesi yang berbeza..suka bersedekah dan suka menolong orang yang dia tak kenal..

Dan apabila mengetahui yang Wakeel berkahwin dengannya hanya kerana menutup penyakit daripada pengetahuan ibunya..Namun sebaliknya yang terjadi..perkahwinan ini mematahkan hati Megat Aathif abang wakeel yang mencintai Afia,,,

Perkahwinan tanpa rasa cinta itu amat membahagiakan Afian dan wakeel...siapa sangka perhubungan mereka berjalan lancar.Namun jodoh mereka singkat..apabila wakeel pergi meninggalkan afia buat selama-lamanya...

Kehilangan wakeel menjadikan Afia nampak kuat namun sebaliknya..Aathif menyatakan hasrat untuk menjadikan afia sebagai isteri...demi untuk menjaga Afia yang sakit bukan gila tapi halusinasi...

Bukan kerana simpati tapi kerana cinta yang tak kesampaian sebelum ni harus diluahkan...bak kata Afia....wakeel adalah penghubung cinta antara aathif dan afia...dalam cerita ni..sokongan keluarga penting dalam membantu ahli keluarga kita yang sakit....

Gelaran Janda tu bukannya hina sangat...apatah lagi menjadi jadi dalam usia muda....sehingga menjadi buah mulut orang....




View all my reviews

(**MV tak follow drama ....sebab nampak jauh beza drama dan novel...mood baca novel sekarang terbantut...slow2 kayuh bukuyang ada dalam list)
Read More

Wednesday, April 4, 2018

Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Keenam Belas (MAPPA XVI)

10:44 AM
 Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Keenam Belas (MAPPA XVI)
Assalammualaikum...


sumber google 
Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Keenam Belas (MAPPA XVI) berlive streaming jer dengar Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Yang Keenam Belas...Ini Intipati amat :-


1. Kenaikkan Pangkat Berasaskan Kecemerlangan Kumpulan Pelaksana  kali kedua dipendekkan drpd 13 tahun kpd 10 tahun;

2. Gred DG56 skim pegawai perkhidmatan pendidikan diwujudkan;

3. Pemanjangan kemudahan perubatan kpd ibu bapa pegawai lantikan kontrak /Contract of service;

4. Sumbangan dana tahunan min. RM3j kpd CUEPACS;

5. Kemudahan cuti tanpa rekod utk keagamaan bagi yg bukan beragama islam;

6. 1% kenaikan pencen secara one-off;

7. 2018 : tahun keberhasilan dan membanggakan;

8. Geran Khas RM1j utk persatuan/yayasan/kelab pesara kerajaan;

9. 1 KGT pada 2018.

Read More